Followers

Friday, May 8, 2015

Umur sebenar Najib 46 tahun?

 
 
Dalam sejam, lebih 200,000 gambar melibatkan 35,000 pengguna di muat naik di How-Old.net – laman web suka-suka untuk meneka umur dan jantina berdasarkan potret.

Daripada jumlah itu siapa sangka salah seorangnya ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lebih menarik, laman kelolaan Microsoft yang sedang mencetuskan fenomena di seluruh dunia itu, meneka umur Najib sebagai 46 tahun.

“Saya lihat ramai yang cuba teka umur. How-Old.net kata saya 46.

“Umur sebenar saya 61,” tulis Najib di Facebook beliau dengan hashtag #ILoveThisWebsite dan #HowOldRobot.
Bagaimanapun, malangnya, tidak semua pengguna Internet 'sporting' dan melayan jenaka itu.

Malah, ramai daripada mereka mengambil peluang mengulas di ruangan komen mensasarkan pemimpin nombor satu negara itu.

Seorang pengguna menggunakan nama JY Hon misalnya menampal laporan berita berkaitan ucapan sultan Johor dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam yang mengkritik cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
 
 
Malaysiakini


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.