Followers

Saturday, May 2, 2015

UMNO Guar Jering Jaya dibubar Februari lalu - FMT Reporters

 Ab-Rauf-Yusoh_letter_600

Surat pengesahan pembubaran telah dikeluarkan Setiuasaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh bertarikh 24 Mac lalu

PETALING JAYA: UMNO Cawangan Guar Jering Jaya di Permatang Pauh telah dibubarkan pada Februari 2015 selepas Jawatankuasa Pengurusan UMNO berpuas hati dengan laporan yang dikemukakan.

Surat pengesahan pembubaran itu telah dikeluarkan Setiuasaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh bertarikh 24 Mac lalu.

Surat itu dikeluarkan kepada Setiausaha UMNO Bahagian, Suhaimi Sabudin, yang kini menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Dengan pembubaran itu, Ab Rauf telah meminta UMNO Bahagian Permatang Pauh untuk memindahkan ahli-ahli ke cawangan berdekatan dan mengemukakan salinan senarai ahli ke Ibu Pejabat parti.

Surat pengesahan itu telah diedarkan secara meluas susulan tindakan beberapa ahli UMNO cawangan Guar Jering Jaya yang membuat sidang akhbar mengumumkan pembubaran cawangan itu pada Jumaat.

Sidang media pembubaran UMNO cawangan Guar Jering Jaya itu telah dibuat oleh Asri Ahmad, yang mendakwa dia Ketua UMNO cawangan di Bilik Gerakan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Asri dilaporkan berkata, cawangan yang mempunyai 68 ahli itu dibubarkan kerana telah bertahun-tahun diabaikan kepimpinan tertinggi UMNO.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.