Followers

Sunday, May 3, 2015

Tian Chua dikasari, dipaksa tunggu 2 jam sebelum ke lokap - OLEH MUZLIZA MUSTAFA

Zack Ahmad's photo.

Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang menunggu 2 jam sebelum polis membenarkan beliau berehat di lokap.

Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang menunggu 2 jam sebelum polis membenarkan beliau berehat di lokap.

Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang yang mendakwa dikasari polis semasa ditahan di Pulau Pinang semalam, kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi menunggu siasatan ke atas perhimpunan pada Hari Pekerja pada Jumaat.

Chua berkata beliau sampai di balai pada 3.15am tetapi terpaksa menunggu 2 jam sebelum akhirnya dibenarkan untuk berehat di dalam lokap.

“Tunggu dari 3 pagi hingga 5 pagi Subuh – bayang2 IO belum ternampak. Kalau tak bersedia lakukan siasatan, baik masukkan lokap, kurang2 boleh tidur.” tulis Chua yang dikenali sebagai Tian Chua dalam akaun Twitternya, @tianchua.

Beliau juga mempersoalkan sekiranya ini taktik yang digunakan untuk menghukum aktivis-aktivis yang ditahan dan menyebut nama Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan akaun Twitter beliau, @KBAB51.

Difahamkan yang Chua mungkin akan dilepaskan dengan jaminan hari ini selepas polis merekodkan kenyataannya, tetapi ini hanya boleh disahkan kemudian selepas menunggu arahan seterusnya, kata sumber yang dekat dengan siasatan.

Ahli Parlimen itu merupakan ahli politik ke-4 yang ditahan polis berhubung perhimpunan pada Jumaat selepas penahanan berprofil tinggi peguam dan aktivis Datuk Ambiga Sreenevasan, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke, Ahli Parlimen PAS Kuala Krai Dr Hatta Ramli, dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia S. Arutchelvan pada malam Jumaat.

Polis juga menahan aktivis Hishamuddin Rais yang ditahan di rumahnya pada tengahari Sabtu dan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang ditahan beberapa jam lebih awal apabila beliau tiba di ibu pejabat polis Kuala Lumpur.

Kedua-dua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi dan dilepaskan malam itu selepas polis merekodkan kenyataan mereka.

Setakai ini, polis menahan 36 orang. Daripada jumlah tersebut, 29 ditahan reman untuk 3 hari bagi membantu siasatan untuk aktiviti vandalisme semasa perhimpunan sementara yang lain disiasat kerana berhimpun secara haram dan menghasut.

Pagi ini, ahli sekretariat ‪#‎KitaLawan‬ Fariz Musa hadir ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk merekodkan kenyataannya.

Tidak jelas sama ada dia akan ditahan hari ini seperti mereka yang lain yang hadir untuk membantu siasatan.

Difahamkan polis juga menghubungi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. Beliau dijangka akan direkodkan kenyataan esok. – 3 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.