Followers

Friday, May 15, 2015

Takaful beli sukuk RM85 juta daripada TIA sebelum jadi 1MDB - OLEH MD IZWAN


Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful Malaysia) pernah membeli sukuk dikeluarkan Terengganu Investment Authority (TIA) pada 2009 tetapi sehingga kini masih belum menerima pembayaran kadar kupon daripada Terengganu Investment Authority yang kini dikenali sebagai 1MDB.

Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful Malaysia) pernah membeli sukuk dikeluarkan Terengganu Investment Authority (TIA) pada 2009 tetapi sehingga kini masih belum menerima pembayaran kadar kupon daripada Terengganu Investment Authority yang kini dikenali sebagai 1MDB.

Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful Malaysia) hari ini mendedahkan mereka pernah membeli sukuk dikeluarkan Terengganu Investment Authority (TIA) pada 2009 sebanyak RM85 juta sebelum syarikat itu bertukar menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia Datuk Seri Mohamed Hassan Md Kamil berkata, sehingga kini, Takaful Malaysia masih belum menerima pembayaran kadar kupon daripada 1MDB.

"Saya diberitahu sukuk dibeli pada 2009.

"Takaful membeli RM85 juta daripada Terengganu Invesment Authority (TIA) yang mengeluarkan bon tersebut, syarikat asal (sebelum dikenali 1MDB)," kata Hassan pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat agung BIMB Holdings Berhad di Menara Felda hari ini.

Untuk rekod, BIMB memiliki pegangan majoriti sebanyak 60.31% dalam Takaful Malaysia yang merupakan anak syarikatnya dan 100% dalam Bank Islam.

Tempoh matang sukuk tersebut adalah pada 2039, bagaimanapun sejak ia dibeli tiada sebarang pembayaran kadar kupon dibuat oleh 1MDB kepada Takaful Malaysia, kata Hassan.

"Tempoh matangnya adalah pada 2039, setakat ini masih belum ada (pembayaran kadar kupon)," katanya.

Menurut Hassan, pembelian sukuk tersebut berisiko rendah dan hanya meliputi 2-3% daripada jumlah aset asas RM7.1 bilion, serta merupakan pelaburan kecil kepada kunci kira-kira syarikat.

"Sebab kami membeli sukuk pada masa itu disebabkan tempohnya adalah 30 tahun, kematangan seperti pelaburan ini adalah untuk jangka masa panjang dan ia dikehendaki sepadan dengan aset, dan ketika itu hanya sukuk sahaja mempunyai tempoh jangka masa panjang," katanya.

1MDB sejak kebelakangan ini berdepan pelbagai kritikan ekoran hutangnya yang mencecah sehingga RM42 bilion.

Dalam kontroversi terbaru, Lembaga Tabung Haji, badan pengelola dana simpanan bakal haji, mengesahkan membeli sebidang tanah di tapak projek Tun Razak Exchange bernilai RM188.5 juta.

Tabung Haji merancang membina sebuah menara kediaman di kawasan berkenaan.

1MDB adalah dana kekayaan negara kedua selepas Khazanah Nasional Bhd. Pengkritik mempersoalkan hutang dana itu yang banyak, di samping penggunaan wang dan operasi yang meragukan. – 14 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.