PETALING JAYA: Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan asing walaupun pembangkang mendakwa negara ini menuju ke arah kebangkrapan.
Selain menggunakan hujah yang disensasi, kenyataan yang dibuatnya juga dikatakan tidak disokong dengan fakta dan statistik.
Kelemahan itu menyebabkan analisis yang disebar kepada rakyat separa tepat dan tidak benar.
Sanggahan itu ditulis, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak dalam blog terbarunya, sskeruak.blogspot.com.
“Sementara kita boleh bersetuju bahawa kita perlu pembangkang, namun ia wajar menjadi pembangkang bertanggungjawab yang tidak mengelirukan orang ramai dan menyebarkan perkara yang tidak benar. Pembangkang Malaysia nampaknya tidak mengambil berat tentang kebenaran tetapi hanya beria-ia menjatuhkan kerajaan meskipun menggunakan maklumat
Jelasnya, berdasarkan senarai negara berhutang, keadaan ekonomi di Malaysia masih berada pada tahap selamat dan mampu menarik minat pelabur asing.
“Nisbah hutang awam Greece ialah sekitar 175 peratus. Kedudukan Jepun adalah lebih teruk pada nisbah 228 peratus. Itali berkedudukan nombor lima dengan catatan 134 peratus. Singapura berada di kedudukan nombor 11 (107 peratus).
Perancis pula 96 peratus, Kanada (93 peratus), UK (87 peratus), Austria (80 peratus), Jerman (75 peratus), Amerika Syarikat (71 peratus), manakala Malaysia berada di kedudukan bawah dalam senarai iaitu nombor 63 dengan catatan 54 peratus,” tulisnya.
Melihat kepada statistik nisbah hutang awam berkenaan, Salleh meminta pembangkang lebih bertanggungjawab dan tidak mengelirukan orang ramai dengan menyebarkan perkara yang tidak benar.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.