Followers

Friday, May 29, 2015

Soalan lebih agresif jika Arul, Shahrol berbohong- Nur Jazlan - Mohamad Fadli

 
jazlan,tony,arul,shahrol

PAC tidak akan bersimpati jika Arul dan Shahrol didapati berbohong berada di luar negara pada tarikh yang sepatutnya mereka hadir sesi pendengaran, 26 Mei lalu.


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak akan bertolak ansur sekiranya mendapati Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kandasamy dan bekas CEO, Datuk Shahrol Halmi berbohong.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata pihaknya akan bertindak lebih agresif dalam sesi pendengaran pada 10 Jun ini jika mendapati Arul dan Shahrol sebenarnya berada dalam negara pada 26 Mei lalu.

“Memandangkan mereka tahu kami serius, mungkin mereka perlu lebih masa untuk bersedia. Kami beranggapan mereka akan datang dengan niat jujur untuk beritahu kami apa sebenar berlaku.

“Namun kali ini kalau ada bukti mereka menipu kami, maka soalan akan lebih agresif daripada biasa akan ditanya. PAC tidak akan bersimpati,” katanya kepada media di Parlimen pada Khamis.

Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua pula berkata, Arul dan Shahrol perlu menjelaskan kepada PAC apakah mesyuarat penting sehinggakan mereka tidak dapat hadir prosiding itu.

“Di manakah mereka berdua pada hari kejadian tersebut (26 Mei). Adakah mereka berada di Dubai ataupun mengadakan penerbangan pantas ke Singapura? Ataupun mereka pergi bersama-sama, atau secara berasingan?.

‘Mereka hanya memberitahu mereka berada di luar negara. Kami tidak berpeluang bertanya lanjut,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.