Followers

Thursday, May 28, 2015

Kerajaan kaji semula GST mengikut kehendak rakyat FMT Reporters

 
hassan malek,gst

Kajian semula itu termasuk jenis-jenis barang yang akan dimasukkan ke dalam senarai pengecualian cukai.


PETALING JAYA : Kerajaan akan mengkaji semula pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi diubah suai mengikut kehendak rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, kajian semula itu termasuk jenis-jenis barang yang akan dimasukkan ke dalam senarai pengecualian cukai.

“Kita sedang kaji suara rakyat, suara pengguna. Kita akan ubah suai jika ada keperluan. Sebelum ini kita sudah sediakan panduan harga pengguna berhubung pelaksanaan GST. Ada (barang) yang naik, ada kekal, ada turun. Itu sebagai panduan sahaja.

“Ini akan kita ubah suai dari semasa ke semasa. Kementerian akan melakukan kajian impak, kesan GST,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat beberapa premis di Asia City, Kota Kinabalu pada Rabu, lapor Utusan Malaysia.

Hasan berkata, kerajaan memerlukan aduan atau maklum balas daripada pengguna untuk melaksanakan kajian semula itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.