Followers

Friday, May 15, 2015

Sistem pendidikan agama kita tidak berkesan – Wardina FMT Reporters

 
Masalah sosial berlaku kerana sistem pendidikan agama hanya melahirkan mereka yang takut kepada agama tetapi tidak memahami ajarannya.

Wardina-Safiyyah_pendidikian_600PETALING JAYA : Sistem pendidikan agama di negara ini perlu dirombak kerana melahirkan mereka yang hanya takut kepada agama tetapi tidak memahami ajarannya.

Pendapat itu disuarakan selebriti tempatan, Wardina Safiyyah menerusi blognya, Wardina Safiyyah Officialpage yang membincang isu penderaan seksual melibatkan kanak-kanak.

“Murtad, buang bayi, buli… bukan tiada agama. Malah semua pernah ke kelas agama. Soalnya kini tolonglah rombak kembali sistem mengajar agama.

“Kerana nah..hasilnya ianya sekadar fakta yang langsung tiada erti. Agama cuma ritual. Pakaian, puasa dan raya. Agama tidak difahamai cuma ditakuti Ada apa pada simbol agama kalau tiada langsung merubah diri. Berapa ramai dari kita keluar kelas agama… tidak faham pun apa yang diajari?,” tulisnya.

Wardina yang sedang melanjutkan pelajaran di Australia berkata, orang yang tidak cerdik dihantar untuk mempelajari agama dan mereka yang pandai mendapat biasiswa untuk perkara dunia.

“Kenapa agama yang sepatutnya mendekatkan, menjauhkan kita? Kenapa agama yang menyatukan, menyebabkan kita berkelahi?

“Kenapa agama yang memaafkan membuatkan kita menjadi pembenci? Kerana apa ya? Kerana agama tidak sampai ke hati?,” soalnya.

Sehubungan itu, beliau berharap cendekiawan di negara ini supaya berbincang bersama dan merombak sistem pendidikan negara ini termasuk kaedah pengajaran dan pembelajaran agama.

“Kenapa agama itu simbolnya tudung dan serban semata? Bukan nilai empati, kasih sayang dan sikap menghormati?.” katanya.

Mengulas komen seorang pengguna Facebook, Wardina berkata, masalah itu tiada kaitan dengan hudud dan undang-undang itu tidak dapat menyelesaikan semua masalah.

Ini kerana, katanya, masalah itu telah lama berakar umbi dalam masyarakat dan sistem pendidikan negara.

“Perkara ini boleh diubah melalui sistem pendidikan. Tetapi apabila kita mempunyai menteri dan ahli politik yang bertanggungjawab terhadap pendidikan. Ia tidak berkesan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.