Followers

Friday, May 22, 2015

Siapa perlu berundur, Muhyiddin atau Najib? FMT Reporters

 
Susulan pendedahan video yang menyiarkan luahan hati Muhyiddin, MKT UMNO diminta mengadakan mesyuarat tergempar bagi menentukan nasib Timbalan Presiden itu.

PETALING JAYA: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO perlu mengadakan mesyuarat tergempar susulan pendedahan klip video luahan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap kepimpinan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pandangan itu diberikan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang mempersoalkan ikrar yang dibuat kepimpinan tertinggi parti itu kepada Najib sebelum ini.

Katanya, mesyuarat tergempar ini juga perlu diadakan bagi membincangkan sama ada Muhyiddin wajar dipecat seperti yang dilakukan oleh MKT ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad pada 26 September 1969 setelah Presiden UMNO pada masa itu, Tunku Abdul Rahman Putra mendedahkan ada pihak pelampau yang hendak merampas kuasa dalam parti.

“Sekiranya Muhyiddin tidak dipecat, maka jalan penyelesaian mestilah dicari bagi memastikan kesepaduan UMNO jika salah seorang; iaitu Muhyiddin atau Najib terpaksa berundur”, tulis Zainuddin di blognya, zamkata.blogspot.com.

Jelasnya, kenyataan Muhyiddin ini walaupun secara tertutup tetapi video mengenainya yang terdedah serentak dengan pengumuman Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat menjadi viral yang lebih menarik perhatian rakyat daripada pembentangan rancangan pembangunan lima tahun itu.

Berdasarkan kenyataan Muhyiddin, ia membuktikan tidak ada perpaduan dalam parti menghadapi ancaman Tun Dr Mahathir, 1MDB, krisis politik dan ekonomi.

Menurut Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zam, pendirian tegas Timbalan Presiden UMNO mengenai 1MDB tidak boleh diperkecilkan kerana beliau juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam parti. 

Ia telah menimbulkan kegemparan dan menggoncang keyakinan dalam UMNO dan juga di kalangan rakyat.

“Muhyiddin tidak lagi dapat berselindung di sebalik sehelai lalang atas sokongannya terhadap Tun Dr. Mahathir yang mahukan kekotoran 1MDB dibersihkan sebelum wabaknya menghancurkan UMNO dan kerajaan.

“Kenyataan Muhyiddin, bahawa Najib tidak mahu dengar cakapnya mengesahkan cakap-cakap Tun Dr. Mahathir dan juga beberapa pihak, bahawa Najib tidak mahu dengar cakap orang.

“Keraguan rakyat terhadap kesepaduan pucuk pimpinan dan kestabilan parti berkuasa tidak boleh dibiarkan terus berlaku sehingga Pilihan Raya Umum akan datang, kerana wabaknya sedang merebak melibatkan kestabilan ekonomi negara dan juga masa depan UMNO,” komennya sebelum mengakhiri entri berkenaan.


See more at: http://www.freemalaysiatoday.com

Siapa perlu berundur, Muhyiddin atau Najib?

 | May 22, 2015
Susulan pendedahan video yang menyiarkan luahan hati Muhyiddin, MKT UMNO diminta mengadakan mesyuarat tergempar bagi menentukan nasib Timbalan Presiden itu.
zam,muhyiddin,najibPETALING JAYA: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO perlu mengadakan mesyuarat tergempar susulan pendedahan klip video luahan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap kepimpinan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pandangan itu diberikan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang mempersoalkan ikrar yang dibuat kepimpinan tertinggi parti itu kepada Najib sebelum ini.
Katanya, mesyuarat tergempar ini juga perlu diadakan bagi membincangkan sama ada Muhyiddin wajar dipecat seperti yang dilakukan oleh MKT ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad pada 26 September 1969 setelah Presiden UMNO pada masa itu, Tunku Abdul Rahman Putra mendedahkan ada pihak pelampau yang hendak merampas kuasa dalam parti.
“Sekiranya Muhyiddin tidak dipecat, maka jalan penyelesaian mestilah dicari bagi memastikan kesepaduan UMNO jika salah seorang; iaitu Muhyiddin atau Najib terpaksa berundur”, tulis Zainuddin di blognya, zamkata.blogspot.com.
Jelasnya, kenyataan Muhyiddin ini walaupun secara tertutup tetapi video mengenainya yang terdedah serentak dengan pengumuman Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat menjadi viral yang lebih menarik perhatian rakyat daripada pembentangan rancangan pembangunan lima tahun itu.
Berdasarkan kenyataan Muhyiddin, ia membuktikan tidak ada perpaduan dalam parti menghadapi ancaman Tun Dr Mahathir, 1MDB, krisis politik dan ekonomi.
Menurut Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zam, pendirian tegas Timbalan Presiden UMNO mengenai 1MDB tidak boleh diperkecilkan kerana beliau juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam parti. Ia telah menimbulkan kegemparan dan menggoncang keyakinan dalam UMNO dan juga di kalangan rakyat.
“Muhyiddin tidak lagi dapat berselindung di sebalik sehelai lalang atas sokongannya terhadap Tun Dr. Mahathir yang mahukan kekotoran 1MDB dibersihkan sebelum wabaknya menghancurkan UMNO dan kerajaan.
“Kenyataan Muhyiddin, bahawa Najib tidak mahu dengar cakapnya mengesahkan cakap-cakap Tun Dr. Mahathir dan juga beberapa pihak, bahawa Najib tidak mahu dengar cakap orang.
“Keraguan rakyat terhadap kesepaduan pucuk pimpinan dan kestabilan parti berkuasa tidak boleh dibiarkan terus berlaku sehingga Pilihan Raya Umum akan datang, kerana wabaknya sedang merebak melibatkan kestabilan ekonomi negara dan juga masa depan UMNO,” komennya sebelum mengakhiri entri berkenaan.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/05/22/siapa-perlu-berundur-muhyiddin-atau-najib/#sthash.IOp5G9K9.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.