Followers
Friday, May 22, 2015
Model sedan taruhan terbaru Perodua
Model sedan yang diberi kod nama D63D mensasarkan untuk mendapat penarafan lima bintang daripada NCAP.
PETALING JAYA: Perodua sedang membuat penilaian mengenai enjin, platform dan transmisi terhadap model sedan keluarannya.
Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid telah mendedahkan butiran lanjut produk terbaru keluarannya yang diberikan kod nama sebagai D63D.
Ia menjadi model sulung Perodua dalam kategori itu.
Menurut laporan yang dipetik daripada portal automotive, paultan.org, keluaran terbaru Perodua itu akan menggunakan platform sama ada daripada Toyota atau Daihatsu.
“Setakat ini tiada model sedan Daihatsu di pasaran, jadi Perodua akan meneraju projek berkenaan. Bahagian badan atas telah direka sepenuhnya oleh Perodua”, petik portal berkenaan.
Menurut Aminar, model berkenaan mensasarkan untuk mendapat penarafan lima bintang daripada NCAP.
Bagi peminat kereta keluaran Perodua, mereka terpaksa bersabar kerana model berkenaan tidak akan dipasarkan tahun ini.
Paling awalpun, ia dijangka memasuki pasaran pada tahun hadapan.
See more at: http://www.freemalaysiatoday.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.