TAKDE duit nak bayar hutang. Maka terpaksa la terokai strategi baru demi menyelamatkan syarikat. Antaranya jual aset sedia ada seperti hartanah ataupun alihkan projek2 yang sedia ada kepada syarikat lain. Selepas 1MDB menjual 2 lot tanah berkeluasan 1 1/2 ekar, 1MDB dilaporkan tiada kemampuan untuk membiayai 'PROJEK 3B'.
Maka apa yang berlaku?
Projek berkenaan diambil alih oleh TNB.
Sebetulnya bagaimana?
Pada February lepas, 1MDB bersama rakan kongsinya Mitsui & Co. Ltd telah membida projek loji janakuasa bernilai 11 billion. Selain mereka berdua, beberapa syarikat tenaga seperti YTL, TNB dan Malakof turut membida projek yang sama. Namun 1MDB telah berjaya meraih projek tersebut dalam satu tender terbuka. Pemberian projek tersebut kepada 1MDB juga sebenarnya mencetuskan beberapa polemik (conflict of interest dan kemampuan 1MDB untuk melaksanakan projek).
Namun. Laporan mula mendedahkan bahawa TNB kini telah mengambilalih projek loji janakuasa arang batu tersebut disebabkan masalah yang dihadapi oleh 1MDB. Projek tersebut telah pun berjalan dengan TNB telah pun menjalankan perbincangan susulan bersama Mitsui bagi melaksanakan projek tersebut dengan segera memandangkan beberapa perkara telah pun dilakukan selangkah ke arah pelaksanaan projek.
Rujuk paparan berita ;
Akhbar itu yang memetik sumber sebagai berkata, TNB telahpun memulakan perbincangan dengan Mitsui & Co Ltd untuk memulakan projek itu.
Ia juga telah berunding dengan jurutera daripada Toshiba Corp, IHI Corp dan Hyundai Group, yang mendapat kontrak kejuruteraan, Pemerolehan dan Pembinaan (EPC) projek berkenaan.
TNB dilaporkan telah memperuntukkan sejumlah RM500 juta untuk memulakan projek itu secepat mungkin, kata sumber itu seperti dilaporkan akhbar berkenaan.
1MDB dikatakan menghadapai masalah aliran tunai untuk memulakan Projek 3B itu.
Mengikut kontrak, 1MDB-Mitsui bertanggungjawab untuk membina, memiliki dan mengendalikan loji janakuasa arang baru 2 x 1000 MW di Loji Janakuasa Bebas Jimah pada tarif pelarasan 25.33 sen/kWh.
Loji janakuasa itu akan beroperasi secara berperingkat bermula 1 Oktober 2018 (Unit 1) dan 1 April 2019 (Unit 2) dengan tempoh konsesi selama 25 tahun.
Bagaimanapun, 1MDB dilaporkan telah memohon kepada Suruhanjaya Tenaga supaya tarikh yang sepatutnya beroperasi pada 15 November 2018, dianjak enam bulan kepada 15 Mei 2019 bagi Unit 1 dan 15 November bagi Unit 2.
Pembangunan Projek 3B itu adalah bagi memenuhi keperluan kapasiti janakuasa di Semenanjung bermula 2018.
Sumber.
Yang jelas fakta.
1. 1MDB menghadapi masalah kewangan.
2. Memang terbuktilah pihak yang mempertikaikan kelayakan dan kemampuan 1MDB dalam melaksanakan projek 3B. Bukan omong kosong. Sekarang tengokla. TNB yang kena amek alih.
3. Untuk projek neh, TNB telah peruntukan sebanyak 500 juta.
Masih ingat ketika kejatuhan harga minyak dan rakyat bising kenapa tarif elektrik TIDAK TURUN sejajar dengan PENURUNAN harga minyak?
Selepas satu kempen online dijalankan, walaupun TIDAK AKUR dengan TUNTUTAN rakyat, namun TNB telah menurunkan tarif untuk beberapa bulan. Bermula dari bulan MARCH, APRIL, MEI dan JUN.
Katanya la kan.
Namun. Berdasarkan pengalaman peribadi aku. Walaupun bil elektrik aku tak mencecah ke seratus sekalipun, tetapi angka di bil langsung tak menunjukkan trend penurunan. Kebiasaan aku membayar 60 ke atas. Dan bil untuk bulan March jadi 60 ++. Bil untuk bulan April pun sama. Bukan ada barangan elektrik yang baru dibeli pun. Bil terbaru yang sampai cecah 70. So ini TNB kata discount? Discount celah mana? Apesal aku tak merasa macam aku di-discountkan pun?
Itu belum pasang aircond. Perancangan memang ada sebab rumah neh panas nak mampuih.
Bermula dari 30 masa baru pindah.
Dari tahun ke tahun menganjak ke 40 dan sekarang steady 60 ++ disebabkan tarif naik.
Tapi bila dah kata kau ada terima discount walaupun tak banyak tetap la kita nak merasa juga. Patutnya bil aku berkurangan la kan sebab tarif elektrik turun. Tapi haram ada apa-apa. Nampak sangat aku kena tipu. Nampak sangat TNB neh penipu nak mampuih. Almaklumla. Harga minyak dah kembali stabil. Kemudiannya pula perlu membuat pelaburan untuk projek 3B. Mana la depa ada masa nak penuhi tuntutan rakyat. Duit berlebihan baik buat bayar gaji CEO mahal-mahal dan bagi dorang bonus banyak-banyak lepas tue salur ke kerajaan kaw-kaw supaya boleh buat projek gajah mampos.
Betul tak?
Selepas membuat pelaburan banyak-banyak, sudah tentu la TNB menjangkakan keuntungan yang berlipat ganda. Sasaran mereka bukan untuk menyediakan prasarana kepada rakyat, sebaliknya mendapatkan keuntungan berlipat ganda melalui penyediaan prasarana kepada rakyat supaya kelak rakyat tidak mempersoalkan tindakan-tindakan mereka yang mencari keuntungan melampau.
Kau semua tengok la.
Sikit masa lagi.
Tarif elektrik naik. Mungkin la. Mungkin.
Bagi aku, takde masalah untuk 1MDB buang satu persatu masalah yang membebankan operasi syarikat mereka. Cuma sekarang neh sudah sampai masanya untuk kerajaan akui yang 1MDB memang bermasalah. Mengaku sudah. Sorok tak perlu. Mengaku dan cari penyelesaian. Tak perlu tunjuk power depan orang. Padahal satu demi satu pendedahan di bongkar.
Walau nampak macam point menarik untuk jatuhkan Najib tetapi masalah yang kita hadapi lebih besar dari itu sebab 1MDB berhutang dengan pihak luar. Faedah yang perlu dibayar sangat tinggi dengan hutang dijamin pula oleh kerajaan (negara Malaysia).
Memang nampak macam syok nak mengkritik tetapi kita jangan main-main dengan isu neh. Hutang tinggi oleh 1MDB antara faktor yang menyebabkan kedudukan ringgit lemah. Kat situ je kau semua dah boleh nampak impact negatif 1MDB ke atas kedudukan kewangan dan negara kita.
Sebab tue bagi aku, satu strategi bagus juga untuk 1MDB alihkan beban mereka satu persatu untuk kurangkan masalah yang ditanggung. Cuma diharap kelak, TNB jangan jadikan projek neh sebagai asbab untuk menaikkan tarif (walaupun aku tahu ianya mustahil).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.