Followers

Sunday, May 3, 2015

SAMM dakwa pihak berkuasa ada agenda FMT Reporters

 
samm

Pihak berkuasa didakwa membiarkan kekecohan berlaku dalam Perhimpunan Batal GST dan hanya bertindak selepas kekecohan itu telah lama berakhir dan peserta sudah bersurai.

PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengesyaki pihak berkuasa mempunyai agenda tertentu apabila membiarkan kekecohan berlaku dalam Perhimpunan Batal GST pada 1 Mei.

Pengarah Propaganda SAMM, Eddy Noor Reduan mendakwa, pihak berkuasa gagal mengawal kekecohan dan sengaja membiarkan insiden itu berlanjutan.

Dia mendakwa, pihak berkuasa hanya membuat tangkapan selepas kekecohan telah lama berakhir dan peserta perhimpunan telah bersura, malah tangkapan dilakukan secara rambang.

“SAMM mengesyaki pihak berkuasa mempunyai agenda tertentu. Apakah ia menjadi satu alasan untuk melibatkan NGO anak muda seperti SAMM?” katanya.

Susulan dakwaan SAMM terlibat dalam kekecohan, Eddy menafikannya dan mengesahkan tiada sebarang kekecohan berlaku sepanjang laluan yang digunakan.

Katanya, siasatan juga mendapati tiada seorang pun ahlinya yang terlibat dalam kekecohan pada hari berkenaan.

SAMM, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkait rapat dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.