Followers

Sunday, May 3, 2015

Peguam Negara Disuruh Letak Jawatan ??


Utusan Malaysia memetik kelewatan pendakwaan di bawah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkaitan GST dalam desakan rakyat bagi beliau meletakkan jawatan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Mei, 2015.

Utusan Malaysia memetik kelewatan pendakwaan di bawah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkaitan GST dalam desakan rakyat bagi beliau meletakkan jawatan.

Utusan Malaysia memetik kelewatan pendakwaan di bawah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkaitan GST dalam desakan rakyat bagi beliau meletakkan jawatan.

Akhbar milik Umno Utusan Malaysia menyarankan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail meletakkan jawatan kerana gagal melaksanakan tugasnya dan seringkali berlaku kelewatan pendakwaan.

Kolumnis Awang Selamat menyifatkan sudah tiba masanya Gani meletakkan jawatan, memandangkan faktor umur dan kesihatan yang menjejaskan tugasnya sebagai peguam negara.

"Khabarnya Gani sedang bercuti kerana menghadapi masalah kesihatan. Pada kesempatan ini, doakan beliau segera sembuh.

"Secara peribadi, Awang berpendapat tidak wajar Gani terus dibebankan dengan tugas berat dan mencabar. Komitmen dan jasanya selama 12 tahun menyandang jawatan itu tidak boleh dinafikan sesiapa," tulis Awang Selamat dalam "Bisik-bisik Awang Selamat" yang disiarkan edisi Ahad Mingguan Malaysia hari ini.

Selain menggesa Gani meletakkan jawatan, Awang Selamat turut membuat spekulasi siapakah calon yang layak menduduki jawatan tersebut.

"Dengan kontrak perkhidmatan yang dijangka tamat tidak lama lagi, Awang tidak fikir beliau mahu meneruskannya walaupun ditawarkan.

"Sampai pada tahap tertentu dalam kehidupan, kesihatan dan ketenangan untuk bersama keluarga jauh lebih bernilai. Biarlah orang baharu pula mengemudi cabaran. Siapakah orangnya," soal Awang Selamat.

Awang Selamat berkata kelewatan dalam melakukan pendakwaan oleh Gani sekali gus memberi kesan kepada imej kerajaan yang mendukung prinsip ketegasan penguatkuasaan.

"Itulah persepsi yang pada umumnya ada asas. Namun ada kalanya Awang bersimpati dengan peguam negara, Gani Patail yang sentiasa dihentam biar pun atas kelemahan pihak lain," katanya.

Awang Selamat berkata desakan untuk Gani meletakkan jawatan semakin kuat apabila ianya membabitkan kelewatan isu pendakwaan ke atas peniaga yang melakukan kesalahan berkaitan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Sebenarnya isu kelewatan pejabat peguam negara bertindak bukan baharu. Paling panas dan menjadi perhatian sebelum ini adalah isu hasutan dan penghinaan terhadap agama Islam dan Raja-Raja Melayu.

"Rumusan mereka, pejabat peguam negara akhirnya menjadi penghalang kepada tuntutan untuk bertindak tegas, yang implikasinya kepada imej kerajaan," tulis Awang Selamat dalam akhbar milik Umno itu. – 3 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.