Followers

Saturday, May 2, 2015

Rafizi bakal ditangkap susulan himpunan bantah GST


Rafizi Ramli menyampaikan ucapannya di perhimpunan bantah GST di KLCC, Kuala Lumpur, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 2 Mei, 2015.
Rafizi Ramli menyampaikan ucapannya di perhimpunan bantah GST di KLCC, Kuala Lumpur, semalam.

Rafizi Ramli menyampaikan ucapannya di perhimpunan bantah GST di KLCC, Kuala Lumpur, semalam.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli bakal ditahan susulan himpunan bantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Kuala Lumpur semalam.

Melalui mesej pesanan WhatsApp, Rafizi berkata beliau disuruh hadir di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur sebelum 10 pagi hari ini atau berdepan penangkapan seperti berpuluh-puluh lain yang ditahan malam semalam.

Semalam, ahli Parlimen Pandan itu berkata beliau diarah menyerah diri kepada polis bagi tujuan siasatan di bawah Seksyen 143 Kanun Jenayah, berhubung pembabitannya dalam perhimpunan sempena Hari Pekerja.

"Saya berbincang dengan pegawai bertugas (Insp Vignes) dan beliau bersetuju saya hadir esok pada 10 pagi.

"Saya akan ke sana pada jam 10 pagi dan besar kemungkinan akan ditahan seperti yang lain," katanya.

Turut diarah hadir untuk siasatan polis ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, pada 2.30 petang ini.

Polis memulakan penangkapan mereka yang menyertai demonstrasi semalam membantah pelaksanaan GST, termasuk peguam dan aktivis terkenal, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Polis lewat petang semalam mula menangkap mereka yang terlibat dalam himpunan Hari Pekerja menentang GST yang diadakan di Kuala Lumpur semalam.

Pengasas bersama Lawyers for Liberty, Eric Paulsen berkata, tangkapan mula dibuat selepas himpunan itu berakhir dan dengan Ambiga antara mereka yang akan ditahan lewat malam tadi.

Paulsen memberitahu The Malaysian Insider, Ambiga dan empat individu lain turut dipanggil polis.

Mereka ialah Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke, ahli sekretariat #KitaLawan  Fariz Musa, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S. Arutchelvan dan pegawai sekretariat Bersih 2.0, Mandeep Singh.

Mandeep, ketika dihubungi berkata, beliau yang pertama menerima panggilan telefon daripada polis memintanya hadir ke balai untuk siasatan mengikut Seksyen 143.

"Pegawai itu beritahu saya, arahan tangkapan dikeluarkan ke atas saya, dan bertanya di mana saya berada, dan meminta saya menyerah diri," kata Mandeep.

Polis berkata mereka menangkap 29 orang berhubung penglibatan mereka dalam himpunan Hari Pekerja petang Jumaat yang menyaksikan kira-kira 10,000 turun ke jalanan berarak di Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad berkata dalam satu kenyataan malam tadi, tangkapan itu bermula sekitar jam 7.30 petang, lebih dua jam selepas perhimpunan itu berakhir jam 5 petang.

Salah seorang daripada yang ditahan ialah wanita, dan kesemua mereka berumur antara 17 dan 41 tahun, kata Zainuddin.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpunan haram, Seksyen 4 Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan korosif dan letupan, juga Seksyen 448 dan 427 kanun yang sama.

Katanya, bom asap juga dirampas dari mereka yang ditahan.

Semasa perhimpunan itu, sekumpulan pemuda berpakaian hitam dengan muka mereka ditutup dilihat membaling bom asap, membakar sampah dan menyembur lukisan grafiti pada papan tanda dan papan iklan logam. – 2 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/baha
sa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.