Followers

Saturday, May 2, 2015

Perhimpunan Batal GST: Empat dipanggil serah diri di balai polis FMT Reporters


anti-gst

Sekiranya gagal hadir, pihak polis akan mengeluarkan arahan menangkap empat individu terlibat.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan dan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga dipanggil untuk menyerah diri di Balai Polis Dang Wangi pada Jumaat malam berhubung Perhimpunan Batal GST di ibu negara.

Turut dipanggil, Setiausaha Organisasi DAP, Athony Loke dan Penyelaras Jingga 13, Fariz Musa.
Sekiranya mereka gagal hadir, pihak polis akan mengeluarkan arahan menangkap empat individu terlibat.

FMT difahamkan, keempat-empat mereka dipanggil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

FMT juga difahamkan Ambiga telah pun menyerah diri akan ditahan semalaman untuk membantu siasatan. Manakala, Arul juga memaklumkan akan hadir ke balai polis seperti yang diarahkan.

Setakat malam ini, seramai 50 peserta perhimpunan itu telah ditahan untuk membantu siasatan.
Kira-kira 20,000 peserta menyertai Perhimpunan Batal GST, perhimpunan yang terbesar setakat ini sejak pelaksanaan cukai itu pada 1 April.

Jumlah itu bagaimanapun jauh tersasar daripada sasaran penganjur iaitu sejuta peserta.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.