Followers

Thursday, May 21, 2015

Putrajaya Menggelupur Jawab Soalan MP Pakatan

 
Putrajaya Menggelupur Jawab Soalan MP Pakatan. Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata Putrajaya tersalah tafsir mengenai wang disimpan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di sebuah bank di Singapura.

Sebaliknya, Husni menjelaskan aset yang dibawa pulang dari Pulau Cayman dan disimpan di sebuah bank Singapura itu adalah dalam bentuk unit, bukan wang seperti yang dilapor sebelum ini.

"Saya rasa ini satu kesilapan, kesilapan dalam erti kata tafsiran apabila mereka (1MDB) mengatakan sudah menebus dan menyimpannya di sebuah bank di Singapura," kata Husni yang tidak menamakan bank di Singapura itu semasa ditemui pemberita di luar Dewan Rakyat.
"Ia sebenarnya simpanan, ia dalam bentuk unit, ia disokong oleh dana kekayaan berdaulat."

Husni berkata, Putrajaya sedang berusaha membawa pulang aset yang disimpan itu secepat mungkin.

"Jadi, kami harap untuk membawanya pulang secepat mungkin," kata Husni.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengaku wang 1MDB yang dibawa pulang daripada Pulau Cayman tidak disimpan di bank di Singapura.
Putrajaya Menggelupur Jawab Soalan MP Pakatan

Dalam jawapannya di Dewan Rakyat, menteri kewangan itu menjelaskan hanya baki pelaburan ditebus dalam bentuk aset di bank Singapura yang tidak dinamakan.

"1MDB sudah menjelaskan baki pelaburan yang sudah ditebus oleh 1MDB adalah dalam bentuk aset di dalam mata wang dolar AS di sebuah bank di Singapura bertujuan untuk mengimbangi liabiliti dolar AS.
"Bank ini merupakan penjaga bagi pihak 1MDB untuk aset ini," kata perdana menteri dalam jawapan bertulis semalam kepada soalan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Husni juga berkata 1MDB akan cuba mengelak daripada berdepan "cross default" seperti yang dilaporkan oleh akhbar Business Times dari Singapura.

"Kami tidak mahu ia berlaku, jika ia berlaku ia akan beri kesan sistemik, jadi kami tidak mahu ia berlaku," katanya.
Mengenai masalah aliran tunai yang dihadapi 1MDB, Husni berkata ia hanya jangka masa pendek.

"Ia bukan masalah besar, ia hanya masalah aliran tunai untuk jangka masa pendek, hanya untuk jangka masa pendek," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.