Followers

Thursday, May 21, 2015

ISU UG MULA BERKUMANDANG - SIAPA BERBOHONG?

 
TUAN Guru Hj Hadi menyatakan cadangan UG (Kerajaan Perpaduan) dulu telah dipersetujui oleh DS Anwar selaku Ketua Pembangkang dan juga Almarhum Tok Guru Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS waktu itu.

Tidak sampai 48 jam, kenyataan Hj Hadi itu telah dinafikan oleh Setiausaha Agong yg juga Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli kemudiannya ditegaskan semula oleh Presiden KEADILAN, DS Dr Wan Azizah.

Anwar tidak dapat menjawab waktu ini kerana beliau berada di penjara. Almarhum Tok Guru Nik Aziz juga begitu kerana Almarhum telah tiada lagi bersama kita.

Namun, semua tahu yang ditentang keras sewaktu hayat Almarhum masih ada ialah UG. Kita boleh dapatkan banyak kenyataan dari Almarhum berkaitan UG ini di dalam klip video di Youtube.

Begitu juga, kita semua tahu yang ingin dicadangkan oleh Anwar bukan UG tetapi Konsensus Nasional (KN) yang samasekali jauh berbeza dengan UG.




Ertinya, belum dipastikan adakah Hj Hadi tersilap di dalam kenyataannya kerana Anwar tidak boleh menjawab, mustahil Almarhum juga boleh mengesahkannya.

Namun kita boleh merujuk kepada kenyataan kedua-dua tokoh ini iaitu Anwar dan Almarhum Tok Guru melalui klip-klip video yang mudah kita perolehi melalui Youtube.

Apapun, sewajarnya isu UG ini tidak bijak sekali ditimbulkan kembali. Melalui Muktamar PAS terdahulu juga sering Presiden PAS sebut isu UG tidak lagi berbangkit.

Kita faham Hj Hadi ditanya tentang isu UG ini di dalam wawancara tersebut, tetapi sebijaknya Hj Hadi patut komen rengkas dengan menyebut bahawa PAS telah menutup isu UG ini, tanpa beliau ulas panjang lebar dan kenyataannya itu pula kini menjadi kontroversi. 



Dicatat oleh WFAUZDIN NS

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.