Followers

Saturday, May 2, 2015

Polis telah menangkap bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan berkaitan dengan perhimpunan anti-GST.

Panglima Perang's photo.
 

Dalam satu catatan Twitter, peguam Latheefa Koya berkata Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke dan Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan juga turut ditahan.

Ketiga-tiga mereka akan ditahan semalaman dan perintah reman akan dipohon hari ini.

Terdahulu, Ambiga memberitahu bahawa beliau dimaklumkan akan ditahan polis susulan perhimpunan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) semalam.

Katanya seorang pegawai polis memberitahu peguamnya bahawa beliau akan ditahan semalaman.
“Saya terkejut. Ini perhimpunan aman,” katanya.

Kira-kira 20,000 orang hadir dalam perhimpunan siang tadi di ibu negara.

Ambiga dan peguam hadir di ibu pejabat polis pada jam 9.40 malam.

Sementara itu, Arutchevelan, yang tiba pada jam 10.50 malam, berkata polis pada mulanya memberitahunya semuanya berjalan dengan baik.

"Selepas protes itu, saya hubungi ketua ketenteraman awam Dang Wangi dan beliau berkata semuanya berjalan dengan baik. Oleh itu, saya hairan mereka buat tangkapan," katanya.

Beliau berkata I Mei dirayakan di seluruh dunia dan oleh itu adalah tidak wajar untuk bertindak terhadap perhimpunan tersebut.

Menurut Arutchevelan, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa lokasi protes tidak boleh dijadi syarat untuk perhimpunan aman

Loke pula berkata beliau separuh perjalanan ke Seremban apabila beliau diminta datang ke Dang Wangi.

"Mereka kata, mereka boleh atur pengangkutan polis dari Seremban jika saya tak datang," katanya.

Pada jam 1.30 pagi, sebuah van polis yang membawa Loke dan Arutchelvan meninggalkan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, yang mewakili Loke berkata kedua-dua mereka dibawa ke lokap polis di Jinjang.

"Polis menyoal siasat Ambiga malam tadi, jadi dua yang lain dibawa ke Jinjang.

"Polis akan memohon reman hari ini pada pukul 9 pagi," katanya.

Gobind berkata ketiga-tiga disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.

Ahli Parlimen Pandan merangkap Setiausaha Agung dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli juga telah dipanggil untuk disoal siasat pagi ini.

Dalam reaksi segeranya, Timbalan Pengarah Human Rights Watch (HRW) bagi rantau Asia, Phil Robertson berkata HRW bersolidariti bersama Ambiga.

"Bercakap dan menghadiri sesuatu perhimpunan bukan satu jenayah, lepaskan beliau tanpa sebarang syarat," tulis Robertson dalam catatan tweetnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.