Followers

Saturday, May 2, 2015

Indonesia tahan bot nelayan Malaysia - FMT Reporters


indon

Dua bot berkenaan berjaya ditahan pada Jumaat selepas dikejar bot peronda dan dikatakan cuba memasuki perairan negara ini

PETALING JAYA: Tentera Laut Indonesi mendakwa menahan dua bot nelayan milik Malaysia kerana menangkap ikan secara haram di perairan republik itu.

Turut ditahan tiga bot lain dipercayai milik nelayan Thailand.

Menurut laporan akhbar KOMPAS, kesemua bot berkenaan kemudian dibawa ke pengkalan tentera berhampiran.

Semua bot berkenaan berjaya ditahan pada Jumaat selepas dikejar bot peronda dan dikatakan cuba memasuki perairan negara ini.

Berdasarkan pemeriksaan, pihak berkuasa menemui bendera pelbagai negara dalam bot berkenaan dan ia dipercayai digunakan untuk mengabui pihak berkuasa.

Susulan penangkapan itu, 62 nelayan telah ditahan dan kini berada di Pengkalan Tentera Nasional Indonesia di Pontianak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.