Followers

Thursday, May 7, 2015

Polis akan siasat Azmin...??

Zack Ahmad's photo.
  Azmin Ali akan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan jika beliau tidak meminta maaf dalam tempoh seminggu.

Azmin-ali_polis_600PERMATANG PAUH: Polis akan membuka kertas siasatan sekiranya Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali gagal membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan beliau menggelar Ketua Polis Negara, dengan nama kurang elok.

Ketua Polis Pulau Pinang, Dato’ Abdul Rahim Hanafi berkata pihaknya memberi masa sekurang-kurang seminggu untuk Menteri Besar Selangor itu memohon maaf dan jika gagal berbuat demikian pihaknya akan mengambil tindakan lanjut.

“Setakat hari ini, tiga Persatuan Polis sudah mengeluarkan kenyataan untuk memohon Menteri Besar Selangor itu membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Kenyataan terhadap Ketua Polis Negara (Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar) sebagai ‘Barua UMNO’ itu sama seperti menuduh semua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu pada Khamis.

Mohamed Azmin didakwa menggunakan perkataan barua ketika bertanyakan soalan kepada Khalid dalam ceramah di Permatang Pauh, baru-baru ini.

“Polis mahu Mohamed Azmin membuat permohonan maaf secara terbuka dan bukan melalui Setiausaha Politiknya. Kami bagi tempoh untuk beliau berbuat demikian,” kata Abdul Rahim.

Beliau berkata kes Mohamed Azmin itu akan disiasat menurut Seksyen 504 Kanun Keseksaan jika beliau tidak meminta maaf.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan kenyataan Mohamed Azmin terhadapnya sebagai melampau.


- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.