Followers

Thursday, May 7, 2015

Ada 'hantu' di sekolah Cina, dakwa DAP

 
 
Nasib empat calon akan dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh terjawab hari ini.

Mereka ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Suhaimi Sabudin (BN), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia atau PRM) dan Salleh Isahak (bebas).

Kerusi itu kosong susulan kegagalan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan pengampunan diraja atas kesalahan meliwat.

Azizah dianggap calon pilihan di kerusi tradisi Anwar itu.

Bagaimanapun, jika lebih 6,000 pengundi luar tidak pulang mengundi, susulan hari bekerja di negeri latihan, majoriti PKR mungkin terjejas.

Berikut blog daripada Permatang Pauh yang dikemas kini daripada masa ke semasa:



11.50am Pengarah Pilihan Raya DAP Steven Sim mendakwa terdapat kes pengundi hantu di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jit Sin.

“Kami akan buat laporan pada jam 12 tengah hari,” kata anggota Parlimen Bukit Mertajam itu.

11.44pm Jumlah pengundi yang keluar mengundi setakat 11.00 pagi sebanyak 33.44 peratus atau 24,042
orang.

10.45am: Peratusan keluar mengundi 22.91 setakat jam 10 pagi, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

[Laporan lanjut menyusul]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.