Rafizi
Ramli berkata sejumlah RM920.8 juta dipinjamkan oleh Tabung Haji kepada
1MDB ,manakala baki RM579.2 juta dipinjamkan oleh PNB. – Gambar fail
The Malaysian Insider, 12 Mei, 2015.
LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
Setiausaha Agung PKR
Rafizi Ramli hari ini mendakwa Permodalan Nasional Berhad (PNB) turut
terlibat "meminjamkan" wang kepada syarikat 1Malaysia Development Berhad
(1MDB), selepas Lembaga Tabung Haji, melalui pembelian RM579.2 juta
sukuk.
Rafizi memetik akhbar The Star yang melaporkan 1MDB mengeluarkan sukuk bernilai RM1.5 bilion tahun lepas kepada PNB dan Tabung Haji.
"Terbitan hutang melalui bon sukuk oleh 1MDB ini melibatkan pembelian sukuk oleh dua agensi pelaburan kerajaan iaitu Tabung Haji dan PNB," kata Rafizi, pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.
"Ini bermakna, sejumlah
RM920.8 juta dipinjamkan oleh Tabung Haji kepada 1MDB. Baki RM579.2 juta
dipinjamkan oleh PNB kepada 1MDB," kata ahli Parlimen Pandan itu.
Beliau berkata, sukuk itu tidak disenaraikan dan tidak didagangkan secara aktif di pasaran bon.
"Ia adalah kertas hutang yang dirundingkan secara terus di antara 1MDB dengan Tabung Haji dan PNB," katanya.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, oleh kerana ia tidak disenaraikan, sukuk itu tidak ditarafkan seperti mana-mana kertas lain.
"Hutang RM1.5 bilion ini
dijamin dengan cagaran tanah Bandar Malaysia (yang diberikan oleh
Putrajaya kepada 1MDB) dan janji kutipan sewa di Bandar Malaysia
(apabila siap), dan akan digunakan untuk membayar hutang RM1.5 bilion
ini," kata Rafizi.
Beliau berkata, hasil
semakannya mendapati, 1MDB merancang menerbitkan sehingga RM2.5 bilion
sukuk bagi membiayai pembangunan Bandar Malaysia, di samping hutang
sebanyak RM2 bilion yang diperolehi dari Ambank, juga bagi tujuan
pembangunan Bandar Malaysia.
Rafizi berkata,
malangnya sehingga hari ini Bandar Malaysia belum memperlihatkan
kemajuan meyakinkan yang boleh mendatangkan keuntungan dan membantu 1MDB
membayar balik hutang kepada Tabung Haji dan PNB.
"Di mana lapangan
terbang di Ipoh dan kem tentera baharu di Negeri Sembilan yang merupakan
sebahagian program pemindahan infrastruktur tentera Malaysia apabila
Kem Sungai Besi diserahkan kepada 1MDB?
"Soalan paling besar,
apa yang terjadi kepada RM3.5 bilion (RM1.5 bilion daripada sukuk
pinjaman Tabung Haji dan PNB, dan RM2 bilion pinjaman Ambank), yang
dipinjamkan setakat ini kononnya untuk membangunkan Bandar Malaysia?"
soal Rafizi.
Menurutnya, penglibatan
PNB dalam memberi hutang kepada 1MDB mengesahkan kebimbangannya dan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menggunakan dana awam
menyelamatkan syarikat bermasalah itu.
Minggu lalu, Tabung Haji
dikritik hebat apabila didedahkan membeli sebidang tanah di Tun Razak
Exchange (TRX) bernilai RM188.5 juta daripada 1MDB.
Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kemudian berkata lembaga itu dinasihati Najib menjual tanah itu kepada pihak swasta. (TMI)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.