Followers

Friday, May 29, 2015

Pesara polis kata bekas timbalan pendakwa raya di belakang dakwaan rasuah OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA



Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Datuk Ramli Yusuf berkata, beliau tidak menyebut dalam kenyataan saksinya siapa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berpakat dengan bekas bosnya, bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, untuk mengenakannya.''

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Datuk Ramli Yusuf berkata, beliau tidak menyebut dalam kenyataan saksinya siapa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berpakat dengan bekas bosnya, bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, untuk mengenakannya.

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Datuk Ramli Yusuf hari ini mendedahkan bekas timbalan pendakwa raya Datuk Nordin Hassan bertanggungjawab ke atas pendakwaan kes rasuah beliau pada 2007.

Ramli berkata, beliau tidak menyebut dalam kenyataan saksinya siapa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berpakat dengan bekas bosnya, bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, untuk mengenakannya.

"Beliau adalah Nordin Hassan walaupun saya secara peribadi tidak merujuk kepada beliau dalam kenyataan saksi saya," katanya ketika disoal balas peguam Tan Sri Cecil Abraham dalam kes saman RM20 juta yang difailkan peguam Rosli Dahlan terhadap SPRM.

Ramli, yang menjadi saksi kepada Rosli berkata, sebab itulah beliau memasukkan Nordin sebagai defendan dalam saman RM128.5 juta kes pendakwaan berniat jahat pada 2011.

10 orang defendan dalam saman Ramli termasuk Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Musa.

Nordin, ketika itu bertugas di Jabatan Peguam Negara, dipinjamkan ke SPRM di mana beliau merupakan ketua pendakwaan.

Beliau ketika ini merupakan pesuruhjaya kehakiman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Pada 2009, Ramli dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada tiga pertuduhan gagal mendedahkan maklumat mengenai pemilikan saham dalam Telekom Malaysia Bhd, Permaju Industries Bhd dan dua lot pejabat bernilai RM1.032 juta.

Rosli, kawan rapat Ramli, menyaman Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, pegawai beliau dan kerajaan kerana konspirasi mencederakan reputasinya, serangan dan penahanan salah.

Rosli juga memfailkan saman fitnah terhadap Abu Kassim.

Ramli memberitahu mahkamah hari ini, SPRM pertama kali mendakwa Rosli pada 2007, ketika itu ia dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah, untuk menghalang peguam itu dari membantunya.

"Saya suspek utama tetapi mereka sasarkan dia. Ini bertujuan menghalang Rosli dari membantu saya."

Beliau berkata, Rosli mengalami kerosakan kolateral dan menjadi mangsa SPRM dan pendakwaan itu kerana beliau sebelum ini membantunya menyediakan afidavit sebagai respons kepada permohonan habeas corpus yang difailkan Goh Cheng Poh, seorang ketua kongsi gelap.

Goh, yang lebih dikenali sebagai Tengku Goh dari Johor, ditahan polis kerana didakwa terlibat dalam perjudian dan pengubahan wang haram.

Semalam, Ramli memberitahu mahkamah Jabatan Peguam Negara enggan menyediakan afidavit baginya dan pegawainya untuk membantah permohonan Goh.

Sebaliknya, beliau diberi notis singkat untuk bersedia dengan dokumen, tetapi Rosli dan seorang lagi peguam C Vijaya Kumar, membantu beliau menyediakan lima afidavit untuk diserahkan kepada jabatan itu.

Ramli, dalam pemeriksaan balas, berkata Gani memanggilnya ke pejabatnya untuk membincangkan hal Goh dan pada mesyuarat itu, timbalan ketua polis negara ketika itu Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz dan ketua pendakwaan di Jabatan Peguam Negara ketika itu, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden juga turut hadir.

Katanya, pada pertemuan itu beliau diminta memberikan satu fail yang mengandungi maklumat sulit mengenai pemberi maklumat yang memberikan kenyataan terhadap Goh.

"Timbalan ketua polis negara itu mengarahkan saya menyerahkan fail itu kepada Jabatan Peguam Negara dan saya melakukannya dengan bantahan kerana hanya menteri dalam negeri boleh mempunyai akses kepada dokumen sebegitu," katanya.

Ramli berkata, beliau kemudiannya dapat tahu yang fail itu diserahkan kepada SPRM atas arahan Gani.

Beliau berkata, Gani dan Musa memperolehi kenyataan dari seorang penjenayah, Moo Sai Chin, yang menyebabkan SPRM mengeluarkan notis memintanya mengisytiharkan hartanya dan kemudian mendakwanya rasuah.

Disoal balas peguam Rosli, Chetan Jethwani, Ramli berkata, ia membantah fail itu diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara kerana ia sangat sulit dan hanya pegawai fail kes itu sahaja yang tahu kandungannya.

"Itu sebabnya mengapa saya bantah, kerana pemberi maklumat akan hilang kepercayaan kepada polis dan tidak akan menawarkan maklumat."

Ramli juga berkata akibat daripada pakatan sulit Musa dan Gani untuk menyingkirkannya daripada hierarki polis dan tuduhan rasuah itu, beliau dinafikan kenaikan pangkat.

Katanya, Suruhanjaya Pasukan Polis pada 2006 mengenal pasti beliau sebagai calon berpotensi untuk jawatan ketua polis negara.

"Anggota suruhanjaya dan bekas ketua polis negara, Allahyarham Tan Sri Mohd Bakri Omar memberitahu saya nama saya dicadangkan kepada Agong," katanya.

Ramli berkata, seorang lagi anggota suruhanjaya dan bekas timbalan ketua polis negara, Allahyarham Tan Sri Mohd Sedek Mohd Ali, juga memberitahunya pihak berkuasa sedang menyemak latar belakangnya untuk kenaikan pangkat.

Ramli, yang merupakan pengarah CCID antara 2 Mei 2006 dan November 11, 2007, ditahan kerja berikut pertuduhan rasuah itu. Beliau bersara pada 1 Mac 2008.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Su Geok Yiam ditangguhkan hingga 8 Jun. – 28 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.
TAN SRI MUSA HASSAN HARUS DITAHAN DAN DISIASAT  !!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.