Ingat tak,
kejadian anggota polis ditangkap gambar ketika tertidur yang diviralkan
yang akhirnya anggota tersebut diarahkan bertukar?
Kes yang hampir
serupa berlaku di Mexico awal bulan ini, apabila seorang blogger
mengambil gambar seorang doktor yang tertidur keletihan dibelakang
kaunter pada jam 3 pagi, sambil mengutuk dengan kata-kata seperti
"doktor sepatutnya kena bekerja", "masih ramai lagi pesakit memerlukan
rawatan."
Tindakan blogger
tersebut, mencetuskan reaksi solidariti dari para doktor seluruh dunia.
Ramai doktor memuat naik gambar mereka tertidur ketika bertugas, sambil
meletakkan hashtag berbahasa Mexico #YoTambienMeDormi (Saya juga pernah
tertidur!). Ianya sebagai simbolik betapa doktor di seluruh dunia
bekerja sehingga kepenatan dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Anda boleh klik di sini untuk melihat koleksi gambar "doktor tertidur"
Hakikatnya,
doktor juga manusia. Walaupun kami mempunyai masa rehat di luar
hospital, ianya tentulah sama sekali tidak sama jika dibandingkan dengan
beban kerja yang ada. Justeru itu, para doktor (termasuk saya), akan
curi tidur di mana sahaja yang boleh setiap kali ada peluang.
Pengakuan jujur
dari saya, ketika saya housemanship, saya mempunyai satu spot khas iaitu
di dalam tandas di sebuah tingkat. Jika saya rasa tak tahan sangat
mengantuk ketika mengikuti round, saya akan minta excuse sekejap untuk
lari ke tandas tersebut. Saya akan set alarm di handphone untuk 10
minit, lantas cuba tidur dalam keadaan duduk di tandas tersebut. Cukup
sepuluh minit, basuh muka, kemudian lari kembali ke wad sambung
mengikuti rounds.
Port kedua
adalah didalam surau. kadang-kadang saya sengaja melewatkan zuhur, pergi
ke surau dalam pukul 4 petang ketika dah selesai tugas petang. Selesai
solat zuhur, saya tidur bersila menunggu masuk waktu asar, dan selepas
asar baru balik masuk wad.
Isu polis
tertidur yang pernah menjadi viral di media sosial Malaysia sehingga
menyebabkan mereka berdua ditukarkan tempat kerja.
Manakala pada
waktu malam, apabila selesai admission atau blood taking, saya akan curi
tidur di hujung wad seperti dalam gambar di bawah.
Dan bukan tak pernah, saya "diusik" ketika tidur di situ =p
Dan kemuncak
dari keletihan ini adalah, bukan sedikit saya dengar kisah rakan atau
senior yang kemalangan akibat mengantuk. Ada senior saya kemalangan di
jalanraya Kodiang-Kangar kerana mengantuk. Ada senior saya kemalangan di
lebuhraya Butterworth-Kulim ketika pulang dari oncall. Ada senior saya
yang telah meninggal dunia pun.
Hatta awal bulan
ini pun, kita mengenangi pemergian rakan doktor siswazah di Kota Bharu
yang terlibat kemalangan ketika pulang balik dari oncall.
Bak kata rakan
saya, "Lebih baik engkau tertidur ketika traffic light merah, berbanding
engkau tertidur ketika roda tengah berputar." Dan ya, kalau bab
tertidur di lampu merah, dah selalu sangat..
Mungkin
expectation dari orang awam, doktor mesti kerja 24 jam tanpa henti, demi
merawat dan menyelamatkan nyawa sendiri/anak/isteri dsb. Mungkin hasil
dari expectation itulah kebanyakan doktor berubah menjadi mesin
robot...pergi kerja balik kerja, hilang sense of humanity, hilang skill
berhubung sesama manusia.
Sedangkan, kalau
nak diikutkan, doktor adalah kerjaya paling dekat dengan jiwa
kemanusiaan. Sepatutnya sebagai doktorlah paling boleh menghayati dan
merasai sakit sengsara, menanamkan rasa empati dengan pesakit.
Kerana itulah
seringkali ditekankan, bahawa kerjaya sebagai doktor, kita bukan sekadar
merawat penyakit. Bukan sekadar membetulkan nilai Hb atau
mempreskripsikan Bisacodyl.
It's much, much more than that. If only we can be human enough.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.