1. Amatlah menyedihkan apabila saya
dapati saya tidak dapat elak dari kenyataan bahawa Perdana Menteri
membohong . Dalam kes wang 1MDB yang dikatakan telah dibawa balik dari
Cayman Islands dan disimpan dalam bank BSI Singapura, jawapan tertulis
oleh Perdana Menteri kepada soalan Parlimen tidak menepati kebenaran
sama sekali.
2. Pembohongan yang pertama ialah tidak ada wang tunai 1MDB yang dibawa balik.
3. Kedua, tidak ada wang tunai yang dimasukkan ke dalam bank BSI di Singapura.
4. Ini jelas dari pindaan kepada jawapan
yang pertama, iaitu bukan wang tunai berjumlah USD 1.103 billion (RM3.6
billion), dimasuk dalam bank BSI tetapi dokumen (surat pengakuan) yang
disimpan dengan bank. Apa dia nya surat ini tidak dijelas tetapi yang
jelas ialah ia bukan wang tunai.
5. BSI bank telah menyatakan selepas itu
bahawa dokumen yang menyatakan simpanan dibuat oleh “Brazen Sky” anak
syarikat 1MDB adalah palsu dan bukan daripadanya. Maka jelaslah
kenyataan bertulis yang kedua oleh Najib kepada Parlimen bahawa yang
disimpan adalah dokumen juga tidak benar.
6. BSI bank telah lapur kepada Monetary
Authority of Singapore (MAS – Penguasa Kewangan Singapura) bahawa tidak
ada wang 1MDB yang disimpan dengannya.
7. Pada kebiasaannya MAS melapur
maklumat ini kepada Bank Negara. Ini jelas dari pengakuan bahawa
kononnya lapuran ini tertakluk kepada protokol kerahsiaan antarabangsa
(Egmont principles of information exchange) dan kehendak kerahsiaan di
bawah seksyen 10 AMLA. Dari kenyataan ini adalah jelas bahawa Bank
Negara telah terima lapuran Monetary Authority Singapore.
8. Tujuan merahsiakan tentulah kerana
ada sesuatu yang tidak kena atau pembohongan yang telah dilakukan
apabila Najib menjawab soalan bahawa wang tunai telah disimpan dengan
bank BSI di Singapura.
9. Perbuatan “cover-up” atau menyembunyi kesalahan dalam urusan Kerajaan adalah salah di segi undang-undang.
10. Saya perturun di sini peruntukan dalam Malaysia Penal Code (Undang-undang Jenayah Malaysia) Section 218.
11. “Whoever being a public servant, and
being as such public servant, charged with the preparation of any
record or other writing, frames that record or writing in a manner which
he knows to be incorrect, with intent to cause, or knowing it to be
likely that he will thereby cause, loss or injury to the public, or to
any person, or with intent thereby to save, or knowing it to be likely
that he will thereby save any person from legal punishment, or with
intent to save, or knowing that he is likely thereby to save any
property from forfeiture or other charge to which it is liable by law,
shall be punished with imprisonment for a term which may extend to three
years or with fine or with both.”
12. Adalah jelas bahawa dalam kes wang
tunai yang didakwa oleh Perdana Menteri dan pegawai-pegawai Kerajaan,
Bank Negara dan 1MDB telah dibawa balik dari Caymans Islands dan
disimpan di BSI bank di Singapura serta pindaan kepada jawapan pertama
bahawa bukan wang tunai yang dibawa balik dan disimpan di Singapura,
tetapi dokumen, kesemuanya tidak benar. Mereka yang membuat lapuran yang
salah ini telah melanggar undang-undang jenayah Seksyen 218.
13. Perkara yang amat serius sedang
berlaku. Wang syarikat milik Kerajaan yang dihutang dengan jaminan
Kerajaan sebanyak tujuh billion (tujuh ribu million) Ringgit sudah tidak
dapat dikesan di mana ia berada dan percubaan dibuat untuk membohongi
Parlimen dan Negara berkenaan dengannya. Ada unsur jenayah berkenaan kes
ini yang memerlukan siasatan oleh polis dan jika wang ini tidak juga
dapat dikesan maka proses undang-undang hendaklah diambil terhadap semua
pihak yang terlibat.
Che Det. Com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.