Followers

Sunday, May 24, 2015

Perang antara penyokong Najib dan Muhyiddin dah bermula.


Bekas menteri Bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin berkata tanpa pendedahan video juga, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat menelah ucapannya akan diketahui Datuk Seri Najib Razak kerana beliau turut hadir ketika beliau memberikan ucapan.

Bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin berkata tanpa pendedahan video juga, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat menelah ucapannya akan diketahui Datuk Seri Najib Razak kerana beliau turut hadir ketika beliau memberikan ucapan.

Kritikan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Dr Puad Zarkashi terhadap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sebagai tanda perang terbuka antara penyokong Muhyiddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah bermula, kata seorang bekas menteri hari ini.

Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, Najib sudah tentu akan dapat tahu mengenai ucapan yang dibuat Muhyiddin pada majlis tertutup itu, di mana beliau menyeru anggota lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipecat, tidak kira sama ada video mengenainya dibocorkan atau tidak.

Tanpa pendedahan video sensitif itu pun tentunya Muhyiddin dapat menelah ucapannya akan diketahui Najib kerana turut hadir ketika beliau memberikan ucapan kepada ketua Umno di Janda Baik, Pahang beberapa orang menteri dan juga menteri besar Pahang," tulis Zainuddin di blognya zamkata.blogspot.com semalam.

Selepas video itu dibocorkan, Puad mengecam Muhyiddin sebagai menteri pelajaran yang "malas" dalam Facebooknya, dan Zainuddin mendakwa, tindakan itu diarahkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

"Ini dilihat sebagai bermula perang terbuka antara penyokong-penyokong Najib dengan penyokong-penyokong Muhyiddin berikutan serangan tertutup tetapi terbuka oleh Muhyiddin terhadap Najib," kata bekas menteri penerangan yang juga bekas ketua pengarang Utusan Malaysia itu.

Zainuddin juga berkata, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi terbaru, Puad antara mereka yang lantang menyokong Najib sementara Muhyiddin memberi amaran keras tentang kebimbangan rakyat mengenai 1MDB. Video itu, yang dimuatnaik di blog 'Apanama' milik bekas wartawan Firdaus Abdullah, mengandungi rakaman ucapan Muhyiddin menyeru pemecatan lembaga pengarah 1MDB pada satu majlis tertutup Umno.

Beliau berkata, itu nasihatnya kepada Najib, sambil menambah, beliau tidak berhasrat menentang kepimpinan presiden Umno itu. Dalam ucapannya yang menerima tepukan gemuruh hadirin, Muhyiddin berkata, keseluruhan ahli lembaga pengarah 1MDB mesti dipecat dan polis mesti dibenarkan masuk menyiasat penglibatan mereka dalam skandal syarikat itu.

Beliau juga mengakui mempunyai pendirian tersendiri mengenai isu tertentu, sambil menambah, menghadapi kesukaran menerangkan hutang RM42 bilion 1MDB kepada orang ramai.

Syarikat pelaburan strategik milik negara itu sarat dibebani hutang mencecah RM42 bilion, dan seruan dibuat termasuk dari kalangan pemimpin kanan Umno seperti Muhyiddin dan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, supaya perkara itu dijelaskan dengan lebih telus. – 23 Mei, 2015.

 -malaysianinsider-

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.