Followers

Sunday, May 24, 2015

Jualan kereta Proton merudum FMT Reporters


jualan,proton

Menurut data yang diperolehi daripada Persatuan Automotif Malaysia (MAA), sepanjang bulan lalu, Proton hanya menjual 4,972 buah kereta, penurunan sebanyak 52.8 peratus berbanding bulan sebelumnya.


PETALING JAYA: Penjualan kereta nasional keluaran Proton mencatatkan penurunan ketara sepanjang empat bulan pertama 2015.

Menurut data yang diperolehi daripada Persatuan Automotif Malaysia (MAA), sepanjang bulan lalu, ia hanya menjual 4,972 buah kereta.

Ia menunjukkan penurunan sebanyak 52.8 peratus berbanding bulan Mac di mana jualannya mencecah 10,528 unit.

Meskipun menganggap kejatuhan jualan itu yang dikaitkan dengan sikap pengguna yang membuat pembelian awal sebelum Cukai Barang dan Jualan (GST) berkuatkuasa pada 1 April, jualan Proton berada dalam keadaan membimbangkan kerana ia mencatatkan penurunan sebanyak 23.8 peratus lebih rendah jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Secara keseluruhan, jumlah penjualan kenderaan baru di Malaysia jatuh sebanyak 32.9 peratus.

Setakat ini, kereta keluaran Perodua menguasai pasaran jualan kereta tempatan dengan jumlah 17,584 unit diikuti Honda 6,562 unit, Proton , 4.972 unit, Toyota, 4,200 unit dan Nissan 2,722 unit.

Menurut sumber yang dipetik daripada www.carlist.my sambutan terhadap model City, Jazz, CR-V, Accord dan juga HR-V telah membantu melonjak jualan Honda sebanyak 27.3 peratus.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.