Followers

Thursday, May 21, 2015

Najib usung keluarga ke Parlimen...?? Mohamad Fadli


Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menerusi status Twitternya dan memaklumkan duduk dibelakangnya.

rafizi-rosmah-parlimen

KUALA LUMPUR: Isteri, anak dan menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak terkecuali hadir di Dewan Rakyat ketika beliau membentangkan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menerusi status Twitternya.

Dia memaklumkan selain Rosmah Mansor, anak perempuan Nooryana Najwa dan menantu Daniyar Kessibayev, duduk di belakangnya di Parlimen ketika pembentangan RMK11.

“Kalau tanya pasal jet marah ke?,” soalnya.

Tidak lama kemudian, Rafizi sekali lagi menaikkan statusnya di laman sosial tersebut dengan memuat naik gambar anak Najib, Nooryana Najwa dan pasangannya Daniyar Kessibayev.

“Ha3 ini gambar yang Yang Berhormat (YB) Pakatan Rakyat (PR) forward. Saya tak berani tanya takut kena debik, lagi-lagi tanya pasal jet,” katanya lagi.

SUBHANALLAH - APA NAK JADI DAH MALAYSIA NI ?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.