Followers

Thursday, May 21, 2015

Kes Anwar saman Nallakaruppan ditangguh Adam Abu Bakar

 
shafee-anwar

Hakim minta masa yang lebih buat keputusan kes Anwar- Nallakauppan selepas Shafee kaitkannya dengan kes liwat yang pertama.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menangguhkan kes saman fitnah RM60 juta Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Datuk S. Nallakaruppan kerana memerlukan masa yang lebih untuk membuat pertimbangan.

Dalam hujahnya, Peguam Datuk S. Nallakaruppan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah telah mengaitkan isu kes liwat pertama Anwar sebagai satu bukti tidak langsung dalam kes Anwar menerima RM60 juta daripada syarikat judi Magnum Corporation.

“Sebelum ini, Anwar telah disabitkan bersalah sebanyak tiga kali oleh Mahkamah Persekutuan dan salah satu kesalahannya adalah kes liwat.

“Ekoran itu, bukti bahawa Anwar menerima RM60 juta seperti dilaporkan akhbar Mingguan Malaysia dan Sinar Harian sememangnya berlaku dan ia juga menunjukkan karakter sebenar Anwar,” kata Shafee dalam hujahnya.

Keputusan kes liwat pertama direkod pada 26 Jun 2008, manakala penerbitan artikel tersebut pula dilakukan pada 23 Ogos 2008,katanya.

Hakim, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab meminta diberi masa untuk mempertimbangkan mengenai hujan-hujah yang telah diberikan.

Kes berkenaan akan disambung semula pada 27 Mei ini bagi membuat keputusan penghujahan peguam pihak plaintif dan defendan.

Manakala, peguam plaintif, N.Surendran dan Latheefa Koya menyifatkan hujah Shafee tidak berasas dan semata-mata menggambarkan anak guamnya seorang yang rendah akhlak dan bukan seorang Islam yang baik apabila dikaitkan dengan penerimaan wang sebanyak RM60 juta itu didakwa diterima daripada syarikat judi, Magnum Corporation.

Nallakaruppan disaman selepas membuat tuduhan itu ketika kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh di mana Anwar bertanding, pada 26 Ogos, 2008.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.