Followers

Saturday, May 9, 2015

Naib Presiden UMNO tegur TH dan 1MDB Faiz Zainudin


shafie Apdal, 1MDB

Shafie Apdal khuatir sekiranya isu penglibatan TH tidak ditangani dengan baik, ia akan menjejaskan kredibiliti kerajaan.

PETALING JAYA: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal, menyuarakan kebimbangan berhubung pembelian tanah 1MDB oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Kekhuatiran itu dibuat kerana ia membabitkan pemegang amanah awam.

“Saya gesa agar isu ini diambil tindakan serius supaya rakyat yang merupakan pemilik dana yang disimpan di dalam Tabung Haji terus yakin bahawa simpanan mereka selamat dan terjamin,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Jelas Shafie perkara yang dibangkitkan itu, bukan bagi pihak dirinya tetapi mewakili rakyat secara keseluruhan.

Menyentuh mengenai 1MDB, beliau berkata telahpun menyatakan keperluan isu itu diberi perhatian serius dengan menjawab segala persoalan berkaitan secara terperinci.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.