Followers

Saturday, May 9, 2015

Bukan 3, Tapi 4 Penyamun..

Mafiaboss Melayu's photo. Skandal meletup pembelian tanah antara Lembaga Tabung Haji dan syarikat bermasalah milik kerajaan 1MDB telah mengundang kritikan dan persoalan daripada pelbagai pihak, termasuk Pemuda Umno sendiri.

Malah ia telah digelarkan sebagai satu operasi ‘bailout’ oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk menyelamatkan 1MDB yang dibebani hutang berbilion ringgit.

Persoalan mengenai konflik kepentingan telah muncul apabila didedahkan bahawa eksekutif senior Tabung Haji juga kebetulan memegang jawatan tinggi dalam 1MDB.

Empat individu didapati memegang jawatan tinggi di kedua-dua syarikat yang berurusniaga dalam pembelian tanah seluas 1.56 ekar pada nilai RM184 juta tersebut yang sebelum ini dibeli oleh 1MDB pada harga sekadar RM4.5 juta atau RM64 satu kaki persegi.

Empat individu tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail yang juga Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Dato’ Johan Abdullah yang juga pengerusi salah sebuah anak syarikat 1MDB, Anggota Panel Pelaburan Tabung Haji Tan Sri Abdul Samad Alias serta Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji Tan Sri Irwan Serigar yang kedua-duanya menganggotai Panel Penasihat 1MDB.

1MDB telah menjual tanah ini kepada Tabung Haji, yang nampaknya telah bertindak bertentangan dengan amaran laporan penilaian risikonya.

Ini membangkitkan kebimbangan tentang kemungkinan duit para bakal haji disalahgunakan untuk menyelamatkan syarikat dana kekayaan negara yang sedang bermasalah.

Apa yang lebih menarik lagi ialah pihak yang menyatakan kebimbangan wujudnya konflik kepentingan berkait empat individu tadi adalah bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno sendiri, Dato’ Saifuddin Abdullah dan Ketua Pemuda Umno yang juga anggota Kabinet, Khairy Jamaluddin.


(Kredit to: Sdr Zairil Khir Johari)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.