Followers

Monday, May 18, 2015

MUDAHNYA WARGA INDONESIA DAPAT IC MALAYSIA, LAPOR KOMPAS.


Panglima Harimau's photo.


KUALA LUMPUR 16 MEI- Portal berita Indonesia Kompas.com baru-baru ini melaporkan betapa mudah rakyat Indonesia memiliki kad pengenalan Malaysia sehingga memiliki dua kad identiti berbeza daripada dua negara.

Bekas anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Nunukan Indonesia, Kornaliu Tadem berkata, sebahagian besar penduduk di wilayah perbatasan Kecamatan Krayan dan Kecamatan Krayan Selatan menggunakan IC untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia.


Katanya, Kad Tanda Penduduk dan Kad Pengenalan (bagi Malaysia) adalah kad indentiti yang tidak asing dimiliki penduduk di wilayah berkenaan. Jelasnya, meskipun tahu perbuatan itu melanggar undang-undang, namun mereka tetap mengambil risiko tersebut.


“Kalau mereka tidak menggunakan IC, mereka tidak akan mendapat pekerjaan seperti membersih rumput atau mengupas kulit kayu, atau bekerja sebagai buruh kasar di ladang sawit. Dengan menggunakan IC, mereka boleh mendapatkan pekerjaan lebih baik,” kata Kornalius.


Kornalius berkata, untuk dapatkan IC, warga Kecamatan Krayan tidak akan mengalami kesukaran, kerana ramai saudara mara mereka yang sudah menjadi warganegara Malaysia bersedia membantu.


Dalam masa yang sama, Setiausaha Agung Persatuan Adat Dayak Kalimantan, Gat Kaleb berkata, sangat mudah membuat kad pengenalan selagi ada warganegara Malaysia yang mahu menjamin mereka. Bahkan lebih daripada separuh warga Krayan disyaki mempunyai kad identiti itu.


“Mendapat IC tidak sukar kerana kita punya keluarga di sana. Yang penting di sana ada yang mahu menjamin kita, itu sudah memadai,” katanya.


Selain itu, katanya, satu-satunya alternatif untuk mendapat pilihan pekerjaan selain bertani adalah dengan bekerja di Malaysia, terutama di bahagian Sabah.


“Kami memang menghasilkan beras, tapi belum boleh dipasarkan ke mana-mana. Untuk mencari yuran anak sekolah, kami terpaksa bekerja di Malaysia. Kami bekerja di Malaysia kerana faktor ekonomi,” jelas Gat Kaleb.


katanya, penduduk berkenaan sukar untuk mendapatkan barangan keperluan kerana Kerajaan Malaysia memeperketat dasar membawa keluar barang bersubsidi.


“Kita minta kerajaan menghalalkan jalur perdaganag di kawasan sempadan. Dengan cukai pun harga barangan Malaysia lebih murah berbanding dengan mendatangkan dari Indonesia. 


Tambang angkut dari Nunukan 1 kilo boleh Rp 30 ribu. Kalau barang Malaysia kena cukai, gula misalnya paling mahal Rp 15 ribu per kilo. Kita masih boleh beli,” Kata Gat Kaleb.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.