Followers

Sunday, May 24, 2015

Masuk UMNO sebab hendak kaya Mohamad Fadli

 
Muhammad Mohd Taib,pemimpin

Sikap kebendaan menyebabkan mereka yang benar-benar ikhlas berjuang dalam UMNO terpinggir dan terbuang.

PETALING JAYA: Pemimpin UMNO didakwa ghairah untuk mengaut kekayaan berbanding berjuang untuk membela rakyat.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib berkata, senario itu berbeza dengan pemimpin terdahulu di mana mereka dikatakan lebih ikhlas berjuang untuk orang ramai.

Katanya, apa yang berlaku dalam parti itu menyebabkan mereka yang tulus dengan perjuangan terpinggir dan kemudian terkeluar daripada parti.

“UMNO digunakan pemimpin untuk cari kekayaan dan pemimpin-pemimpin yang bagus di dalam parti itu sudah hilang,” katanya dalam forum “Mencari Pemimpin Baru Malaysia”.

Menyentuh mengenai kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau berkata, kuasa berlebihan yang diberikan kepadanya menyebabkan sistem pentadbiran negara menjadi semakin teruk.

Bagi Muhammad, kelemahan itu menyebabkan Perdana Menteri boleh melantik sesiapa sahaja sehingga ia mendatangkan masalah kepada negara.

“Segala-gala dilantik oleh Perdana Menteri. Kita kena ubah dan tak boleh bagi kuasa sangat,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.