Followers

Sunday, May 24, 2015

Kenapa Sekarang Baru Nak Bersuara ? - Setelah BERBILION RINGGIT HILANG !!



Pemimpin negara perlu ‘penjernihan jiwa’

Datuk Dr Abdullah Zain,kerajaan

Penjernihan jiwa yang dituntut dalam Islam termasuklah membersihkan jiwa daripada segala sifat keji, hasad dengki, dendam, riak dan suka mencari kesalahan orang lain.

PETALING JAYA: Peletakan jawatan pemimpin kerana desakan individu tertentu hanya akan mencetuskan ketidakstabilan kepada negara.

Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Zain berkata, peletakan jawatan itu juga boleh merencatkan pentadbiran negara yang kini diambang menjadi negara maju.

“Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi, kuasa menentukan mandat pemerintahan negara adalah rakyat, bukan mana-mana individu,” tulisnya dalam Berita Harian.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, kerajaan tidak perlu tunduk kepada sebarang tekanan kerana ia bukan jalan penyelesaian terbaik.

Katanya, dalam konteks permasalahan yang sedang dihadapi pemimpin negara ketika ini, proses penjernihan jiwa adalah penting.

Katanya, penjernihan jiwa yang dituntut dalam Islam termasuklah membersihkan jiwa daripada segala sifat keji, hasad dengki, dendam, riak dan suka mencari kesalahan orang lain.

Abdullah berkata, menjadi tanggung jawab manusia untuk menghindarkan diri daripada melakukan kerosakan fizikal atau psikologi terhadap orang lain

“Seorang muslim mesti menunaikan janji, melakukan apa yang benar, setia dan menghormati orang lain serta institusi,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.