Followers

Monday, May 25, 2015

Mampukah Zahid tangkap Najib? - FMT Reporters

 
zahid-hamidi-mahathir-najib

Dr Mahathir menyedari sukar bagi KDN untuk bertindak ke atas Najib atas tuduhan menyembunyikan kesalahan.

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan sedang mengatur strategi untuk memperkukuh persepsi rakyat terhadapanya.

Ia dilakukan setelah beliau menyedari sukar bagi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengambil tindakan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Membangkitkan kemungkinan melakukan kesalahan jenayah dan boleh dipenjara sehingga tiga tahun, walaupun realitinya teramat sukar menjadi kenyataan berikutan pemusatan kuasa terlalu kukuh melindungi seseorang yang bergelar Perdana Menteri, apa yang Tun Mahathir mahukan ialah pemenjaraan sokongan rakyat terus menghantui Najib”, tulis Shahbudin Husin di blognya, shahbudinhusin.com.

Katanya, sama ada dihadapkan ke muka pengadilan atau sebaliknya, Najib tetap dilihat telah melakukan kesalahan moral yang besar iaitu memberi jawapan bersifat bohong di Dewan Rakyat.
Ia merujuk kepada dakwaan Dr Mahathir bahawa Perdana Menteri telah memberikan kenyataan bercanggah dengan menyembunyi kesalahan.

Perbuatannya itu boleh diambil tindakan bawah Seksyen 218 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Strategi menyerang, mengkritik, mendesak meletakkan jawatan dan kini mengaitkan pula Najib dengan perbuatan berunsur jenayah yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, ia tidak lain adalah isyarat betapa Tun Mahathir akan terus mengasak dan tidak berganjak sedikit pun daripada pendiriannya.

“Meskipun Najib sudah bermadah Bugis dan mengungkit-ungkit sokongannya kepada Tun Mahathir, terutama dalam pemilihan 1987, beliau nampaknya tidak goyah dengan semua itu.

“Adalah jelas pendirian Tun Mahathir masih sekukuh Menara KLCC iaitu mahukan Najib berundur bagi menyelamatkan masa depan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang sebagaimana yang sudah ditegaskannya beberapa kali sebelum ini”, tulis Shahbudin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.