Followers

Thursday, May 21, 2015

Mafiaboss Melayu's photo.

Mafiaboss Melayu's photo. Presiden dan Ketua Pengarah Kumpulan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda Kandasamy digesa supaya segera dipecat kerana menipu rakyat mengenai kewujudan tunai AS$1.1 bilion (RM3.96 bilion) di Singapura.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan ahli lembaga pengarah 1MDB mesti menyingkirkan Arul daripada terus memimpin syarikat sarat hutang itu.

“Kegagalan memecat Arul dengan segera akan mencemarkan nama baik perdana menteri dan ahli lembaga pengarah 1MDB.

“Jika beliau terus memimpin 1MDB akan menghalang usaha mencari kebenaran dan dalang yang akan menyebabkan lebih kerugian kepada syarikat itu,”
.
Semalam, Najib yang juga menteri kewangan berkata wang 1MDB yang dibawa pulang daripada Pulau Cayman tidak disimpan di bank di Singapura seperti dilaporkan sebelum ini.


Arul yang dilantik 5 Januari lalu melindungi transaksi yang mencurigakan dalam 1MDB dan terus berbohong dengan tidak menghentikan kebocoran dalam syarikat itu.

Arul pada 13 Januari lalu mendakwa sudah menebus semua pelaburan berjumlah AS$2.318 bilion yang dilaburkan syarikat di sebuah dana berdaftar di Pulau Cayman.

Tebusan bermakna 1MDB sudah menjual pelaburannya di Pulau Cayman dan wang tersebut diterima 1MDB.

“Arul sangat yakin mengenai perkara itu dalam satu wawancaranya bersama Singapore Business Times yang diterbitkan pada 7 Februari.

“Beliau mengumumkan sementara dana berjumlah AS$1.103 bilion tidak di bawa balik ke Malaysia, ia disimpan dalam dolar AS 'dengan memiliki AS$6.5 bilion dalam bentuk bon dengan bayaran faedah hampir AS$400 juta setahun',”.


Najib dalam satu jawapan bertulis Dewan Rakyat pada 10 Mac lalu memaklumkan tunai AS$1.1 bilion itu disimpan di Bank BSI Singapura.

Bagaimanapun, Najib dua hari lalu berkata tiada tunai yang ditebus di Pulau Cayman dan apa yang ada dalam Bank BSI hanyalah dalam bentuk aset.

“Arul cuba menipu rakyat yang 1MDB berjaya mendapatkan semula wangnya malah mendakwa mendapat untung US$488 juta dalam transaksi PetroSaudi ke Cayman.

“Bagi mengelak pertanyaan berterusan ke mana dana tersebut, Arul kemudian terang-terangan berbohong memberi jaminan 'tunai tersebut dalam dolar AS' dan sudah melihat penyatanya.

“Beliau kemudian memberi alasan wang itu perlu disimpan dalam bentuk dolar AS kerana ia perlu bagi mengawal faedah 1MDB dalam bentuk bon dolar AS,”. 


(Kredit to: Sdr YB Tony Pua AP DAP)
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.