Followers

Tuesday, May 5, 2015

K'jaan beku ambil penjawat awam baru?

 
 
Sekurang-kurangnya 15 agensi kerajaan, termasuk kementerian pelajaran, polis dan tentera, dikatakan diberitahu untuk berhenti mengambil pekerja baru.

Perkara itu berdasar pekeliling “inisiatif penggunaan sumber manusia secara optimum” bertarikh 22 April, lapor Sin Chew Daily.

Bagaimanapun Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam memberitahu harian itu bahawa jawatan “kritikal” dalam kerajaan masih terbuka kepada permohonan.

Mahmood juga berkata pihak diwawancara untuk program praperkhidmatan sebelum 22 April tidak akan terjejas.

Mahmood enggan mendedahkan butiran lanjut tetapi memberitahu peluang pekerjaan yang diiklankan sebelum tarikh itu juga tidak akan dibatalkan.

“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah pembuat keputusan (dalam perkara ini), SPA hanya pelaksana arahan.

“Jadi, butiran lanjut patut dirujuk kepada JPA,” beliau dipetik sebagai berkata.

Pada 2 Mei lalu, laman pembocor maklumat Sarawak Report menyiarkan sebahagian pekeliling itu.

Malaysia mempunyai 1.4 juta penjawat awam, yang meliputi 10 peratus daripada tenaga kerja dalam negara.

Malaysia juga mempunyai nisbah penjawat awam antara yang tertinggi di dunia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.