Followers

Saturday, May 2, 2015

Khatib seru undi Wan Azizah FMT Reporters

 
Khatib-Subri-Arshad_600

PKR guna khutbah Jumaat minta pengundi sokong calon di PKR Permatang Pauh

PETALING JAYA: Khutbah Jumaat di Masjid Batu Kampung Pertama, Permatang Pauh, menyeru pengundi Islam supaya mengundi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 7 Mei ini.

Khutbah itu turut menyeru supaya semua ahli Pas mengundi Wan Azizah yang merupakan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), lapor portal Mstar.

Ia dibaca oleh Khatib Subri Arshad yang pernah bertanding mewakili Pas di Parlimen Kepala Batas menentang Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12) pada 2008.

Dalam khutbah itu, dia turut mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) terutama pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang membebankan rakyat.

“Kerajaan kita kerajaan yang zalim dan boros. Membeli cincin yang nilainya berjuta ringgit. Kita juga dikenakan GST yang membebankn rakyat,” katanya.

Dalam khutbah itu, Subri menegaskan sebagai pendakwah, dia bertanggungjawab menyampaikan maklumat yang dirasakannya benar kepada masyarakat, walaupun ada pihak yang mempertikaikan tindakannya menggunakan khutbah untuk menyebar agenda politik.

“Kalau ada orang pertikaikan boleh atau tidak berkhutbah begini, saya katakan bahawa Islam tidak pernah mengasingkan politik dengan agama,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.