Followers

Friday, May 8, 2015

KETUA PENERANGAN PEMUDA UMNO PUSAT UCAP TERIMA KASIH KEPADA PEMBOCOR MAKLUMAT PEMBELIAN TANAH 1MDB DI TUN RAZAK EXCHANGE (TRX) OLEH TABUNG HAJI.


Friday, 8 May 2015

"Sebagai pendeposit Tabung Haji saya ada hak nak tanya "kalau info tak bocor, confirm lah duit simpanan kami digunakan untuk beli tanah 1MDB di TRX"?

Terima kasih kpd yg bocorkan maklumat tersebut...."


Kisah Lembaga Tabung Haji beli tanah dari 1MDB menjadi kecuh, riuh rendah gegak gempita satu negara dengan anggapan ianya suatu langkah bailout 1MDB...suatu jual beli dikatakan dilakukan dengan pantas dibawah pengetahuan dan mendapat restu dari Menteri yang bertanggung jawab menjaga kepentingan Tabung Haji itu sendiri.

Pendedahan dibuat oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu YB Dato' Abdul Aziz Sheikh Fadzir melalui blognya The Benchmark dengan memuat naik keseluruhan dokumen yang berkaitan, kemudiannya dikutip oleh beberapa blog.

Dinafikan pada awalnya ianya berlaku oleh Pengerusi Lembaga Tabung Haji yang juga Ahli Parlimen Baling dan juga Ketua Bahagian UMNO Baling YB Dato' Seri Abdul Azeez Rahim tetapi membuat pusingan U setelah dikantoi oleh CEO Tabung Haji sendiri, akui memang wujud jual beli tersebut dan terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam kerana membocorkan dokumen-dokumen rahsia syarikat kepada umum.

Tindakan pembocor rahsia itu telah mendapat pujian melangit dari Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pusat, Sdr Jamawi Jaafar melalui laman sosial FB akaunnya dengan menyatakan, tanpa pembocor maklumat menyalur dan membocorkan maklumat maka sah duit TH yang beliau salah seorang pendepositnya akan digunakan untuk beli tanah 1MDB di Tun Razak Exchange (TRX).

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.