Followers

Tuesday, May 5, 2015

Jangan cemuh Nur Fitri, tapi bantu dia- Pengerusi MARA - FMT Reporters

tan sri musa nur fitri
Bekas pelajar itu perlu diberi bimbingan dan kauseling serta peluang untuk meneruskan pelajaran demi masa depannya.

PETALING JAYA: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tan Sri Annuar Musa mahu pelajar pintar Matematik, Nur Fitri Azmeer Nordin, 23, diberi peluang kedua demi masa depannya.

Nur Fitri dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan atas 13 kesalahan memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak oleh Mahkamah Southwark Crown, London pada Khamis lalu.

“Kita sememangnya dukacita dengan peristiwa dan kesalahan yang dilakukan. Namun setelah beliau menjalani hukuman saya merasakan, beliau harus dibantu dari sudut mendapatkan bimbingan, kaunseling dan seterusnya meneruskan pelajarannya,” kata Annuar menerusi satu kenyataan di laman sosial Facebook.

Ahli Parlimen Ketereh itu juga berpesan agar MARA London membantu Nur Fitri dengan apa jua bantuan yang bersangkut paut dengan perundangan dan peraturan di negara itu.

“Beliau tidak harus di kondem (dicemuh) begitu saja. Sebagai anak muda, beliau punya masa depan yang perlu kita beri support (sokongan) seterusnya,” ujarnya.

Sebelum ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kementeriannya akan mempertimbangkan sama ada untuk merayu dalam kes Nur Fitri.

Dalam pada itu, Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris juga senada dengan Annuar supaya bekas pelajar itu dibantu.

“Seorang pelajar, lebih-lebih lagi Nur Fitri yang mempunyai masa depan cerah dalam bidang akademik tidak seharusnya melakukan demikian, menyimpan gambar dan video lucah kanak-kanak. Itu satu perkara yang pelik.

“Namun, kita masih boleh merayu untuk membawanya pulang termasuk membela jika perlu dan membimbing dia,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today (FMT).

Irwan akui kerajaan juga perlu akur terhadap undang-undang negara berkenaan memandangkan kejadian berlaku London.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.