Followers

Sunday, May 24, 2015

Hafal Quran, Hadis tak cukup syarat jadi pemimpin, kata Mat Taib OLEH JENNIFER GOMEZ

Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang juga dikenali sebagai Mat Taib, berkata akhir-akhir ini, wujud satu golongan yang digelar ulama, yang pulang dari Timur Tengah dan berminat hendak menjadi pemimpin dalam parti.

Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang juga dikenali sebagai Mat Taib, berkata akhir-akhir ini, wujud satu golongan yang digelar ulama, yang pulang dari Timur Tengah dan berminat hendak menjadi pemimpin dalam parti.

Bekas menteri besar Selangor yang kini ahli PAS, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, mengakui hari ini beliau mula hilang minat dengan parti Islam itu.

Katanya yang juga dikenali sebagai Mat Taib, beliau akan menunggu muktamar tahunan parti yang dijadualkan bulan depan untuk melihat barisan kepimpinan baru yang bakal dipilih.

Katanya, akhir-akhir ini, wujud satu golongan yang digelar ulama, yang pulang dari Timur Tengah dan berminat hendak menjadi pemimpin dalam parti.

"Mereka boleh hafal ayat Al-Quran dan Hadis tetapi apabila kita minta mereka jelaskan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mereka kata mereka tak betul-betul faham isunya.

"Bila kita tanya pasal cukai barangan dan perkhidmatan (GST), mereka kata mereka tak tahu," katanya pada forum 'Mencari Pemimpin Baru Malaysia' di Petaling Jaya petang ini.

"Jadi, kalau nak jadi pemimpin, tapi hanya tahu baca Hadis dan Al-Quran, kalau macam tu, pada saya, anda tak layak jadi perdana menteri, tambahan pula negara kita ini berbilang bangsa," katanya.

Muhammad berkata, beliau berharap pemilihan PAS pada muktamar itu nanti akan melahirkan barisan kepimpinan yang disukai semua kaum seperti bekas mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Tetapi, kumpulan yang hendak mengambil alih (kepimpinan parti) sekarang ini lain.

"Sebelum ini, saya berminat dengan parti ini, sekarang tak berapa, kita tengoklah apa akan jadi bulan Jun nanti," katanya.

Muktamar tahunan PAS ke-61 dijadual diadakan pada 4 hingga 6 Jun di Kuala Selangor.

Ia akan menyaksikan pertandingan bagi semua jawatan tertinggi parti termasuk presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang akan dicabar bekas naib presiden PAS Ahmad Awang.

Bercakap pada sidang media kemudiannya, Mat Taib berkata, beliau kecewa dengan isu yang dibangkitkan sekarang, sambil menambah, sebelum ini hubungan antara PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat begitu baik hingga memungkinkan gabungan itu mencapai 52% undi popular pada pilihan raya umum 2013.

Katanya, perlu wujud persaingan yang sihat dalam merebut jawatan dalam parti berdasarkan prestasi seseorang pemimpin.

Sebanyak 29 jawatan akan dipertandingkan untuk barisan kepimpinan 2015 - 2017 termasuk bagi jawatan timbalan presiden, 3 naib presiden dan 24 jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. – 23 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.