Followers

Friday, May 1, 2015

Fasa kedua wang ihsan sebelum Jun - FMT Reporters

 
umno-kelantan70 peratus mangsa banjir di Kelantan telah menerima wang ihsan manakala baki 30 peratus lagi akan menerima sebelum Jun.

KOTA BAHARU: Kira-kira 60,900 atau 70 peratus daripada 87,000 keluarga mangsa banjir di Kelantan telah menerima bantuan wang ihsan sebanyak RM500 setiap keluarga.

Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, baki 30 peratus atau 26,100 daripada jumlah keluarga mangsa terbabit akan menerima bantuan wang ihsan.

Ia akan dibuat sebelum bulan puasa pada Jun ini supaya mereka dapat membuat persiapan membeli barangan keperluan.

Kata Ahmad Jazlan, pihaknya sedang menunggu senarai nama mangsa banjir daripada Majlis Keselamatan Negara sebelum memulakan fasa kedua proses pengagihan.

Ia tertangguh memandangkan terdapat pertindihan dalam senarai nama penerima.

“Kita minta mangsa banjir bersabar kerana kerajaan pusat akan beri bantuan wang ihsan itu kepada semua dan mereka tidak perlu risau,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia ke-38 di Kota Bharu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.