Followers

Sunday, May 24, 2015

Debat Suhaizan-Nik Abduh perlu jadi realiti

 
 
Seorang exco Pemuda PAS berkata debat atau wacana calon Ketua Pemuda PAS perlu menjadi realiti demi menyata aspirasi mereka khususnya untuk membantu golongan muda selepas muktamar tahunan parti itu Jun ini.

Ahli jawatankuasa Pemuda PAS Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar turut menyifatkan tindakan calon Nik Abduh Nik Aziz menolak acara itu sebagai "satu pendekatan yang kurang bijak" sedangkan penyandangnya Suhaizan Kaiat mennyatakan kesediaannya.

"Anak muda hari ini mahu melihat idea-idea yang boleh membantu mereka berdepan dengan massa ekonomi serta politik yang caca merba.

"Jika Suhaizan sudah bersedia, mengapa Nik Abduh tidak mahu sepentas," katanya yang juga bendahari Pemuda PAS.

"Apalah salahnya medan wacana ini dijadikan medan tautan ukhuwwah setelah sebelum ini masing-masing sangat sukar untuk duduk bersama sepentas walaupun pernah bekerjasama semasa Pemuda PAS bawah Yb Ustaz Nasrudin Hassan," katanya lagi.

Dalam kenyataannya, Mohd Fakhrulrazi bagaimanapun berkata kesediaan Suhaizan berdebat atas satu pentas bersama dengan Nik Abduh dianggap "amat membanggakan".

"Pentas muktamar antara pentas terbaik, namun lebih baik jika pentas persaingan jawatan ini diharmonikan dengan wacana aspirasi Anak Muda yang mempertemukan Suhaizan dan Nik Abduh.

"Saya mengharapkan dalam masa seminggu dua ini hal ini menjadi realiti," katanya Mohd Fakhrulrazi dalam satu kenyataan.

Nik Abduh dilapor menyambut baik cabaran debat Suhaizan namun mengambil sikap berdiam diri dan mahu penilaian daya kepimpinan itu dibuat berasaskan rekod prestasi dan sumbangan kepada parti.

Beliau dipetik sebagai berkata ini kerana pertandingan merebut jawatan itu berlangsung semasa sendiri yang dianggapnya tujuan yang sama tetapi berbeza dari sudut cara kepimpinan.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.