Followers

Saturday, May 9, 2015

Dapatkah Najib mempertahankan diri? FMT Reporters

 
najib zam khairy muhyiddin

Kenyataan serentak yang dibuat oleh Muhyiddin di luar negara bersama Khairy dan beberapa lagi pemimpin UMNO berhubung isu 1MDB dan TH dilihat sebagai suatu gerakan terancang.


PETALING JAYA: Perubahan besar dalam pucuk pimpinan UMNO semakin ketara apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terus terang mengkritik kerajaan dalam pengurusan 1MDB.

Pandangan itu dibuat bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin dalam entri terbaru blognya, zamkata.blogsot.com

Beliau berkata, berdasarkan laporan Malaysiakini, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO, memaklumkan kepada para wartawan negara ini yang membuat liputan bersamanya di Milan, Italy, isu yang berlaku amat serius dan boleh meledak pada bila-bila masa.

Muhyiddin dilaporkan sebagai berkata, isu tanggungan hutang besar 1MDB menjadi fakta utama yang menyebabkan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Menurut Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zam, kritikan yang dibuat oleh orang nombor dua dalam kerajaan dan parti dalam keadaan Tabung Haji dikecam kerana terlibat dengan pembelian tanah dari IMDB.

Pandangan yang sama turut disertai oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin,Pemuda UMNO Johor, bekas menteri Datuk Saifuddin Abdullah dan dan juga beberapa orang pemimpin UMNO lagi yang mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dalam langkah pembelian tanah IMBD oleh Tabung Haji (TH).

Khairy sebelum ini berkata wujud konflik kepentingan dalam pembelian itu kerana Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail juga merupakan ahli lembaga IMDB.

Keadaan ini diburukan lagi oleh kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad bahawa pembelian itu adalah langkah untuk menyelamatkan IMBD.

“Dalam keadaaan menghadapi tekanan yang semakin berat ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib hari ini mengadakan pertemuan dengan Timbalan-Timbalan Ketua UMNO Bahagian dari seluruh negara untuk mendapatkan sokongan mereka menerusi penjelasannya secara langsung mengenai isu-isu penting semasa”, tulis Zam.

Bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia itu berpandangan, ia sebagai usaha akhir Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengekalkan kedudukannya.

Beliau melihat kenyataan serentak yang dibuat oleh Muhyiddin di luar negara bersama Khairy dan beberapa lagi pemimpin UMNO dilihat sebagai suatu gerakan terancang.

Katanya, susana sebenar akan terserlah dalam sehari dua lagi apabila semakin ramai Ketua-Ketua UMNO yang akan bersuara senada dengan Muhiyddin.

FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.