Followers

Saturday, May 9, 2015

CEO TABUNG HAJI TIDAK TAHU LANGSUNG URUSAN PEMBELIAN TANAH 1MDB ??

Mafiaboss Melayu's photo. Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Ismee Ismail tidak menghadiri mesyuarat ketika badan pengendali ibadah haji itu membuat keputusan berhubung sebarang urusan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kata Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Abdul Azeez Abdul Rahim, keadaan itu berlaku bagi mengelakkan wujud sebarang percanggahan kepentingan kerana Ismee juga berkhidmat sebagai ahli lembaga 1MDB.

sebagai pengarah urusan kumpulan.


Kata Abdul Azeez, Ismee tidak terbabit dalam sebarang perbincangan mengenai pembelian tanah milik 1MDB.

"Beliau juga tidak dimaklumkan langsung mengenainya," kata Abdul Azeez di sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Selain Ismee, ada tiga dua nama lain dalam Tabung Haji yang mempunyai kaitan dengan 1MDB iaitu Datuk Johan Abdullah (timbalan Ismee) dan Datuk Abdul Samad Alias (ahli panel pelaburan Tabung Haji).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.