Followers

Sunday, May 3, 2015

Dakwa Mufti Perak cari publisiti murahan FMT Reporters

 
bomoh_Harussani-Zakaria_600

Raja Bomoh akan mengambil tindakan ke atas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria termasuk menfailkan saman malu 

PETALING JAYA: Raja Bomoh,Ibrahim Mat Zin, menyifatkan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ke atas dirinya sebagai perbuatan melampau kerana dibuat tanpa sebarang siasatan.

Selain menyifatkannya sebagai publisiti murahan, dia turut kesal kerana dituduh sebagai sesat dan perbuatannya juga dianggap sebagai haram.

“Bolehkah hukum sesat itu dijatuhkan tanpa berunding? Sepatutnya Mufti dan Jabatan Agama Perak menjemput saya datang ke pejabat untuk berbincang, bukannya terus menjatuhkan aib muka saya”, katanya yang dipetik dari Suara TV.

Susulan kenyataan berkenaan, dia memutuskan akan mengambil tindakan ke atas Harussani termasuk menfailkan saman malu.

Ibrahim yang berang dengan kenyataan Mufti Perak turut mempertikai latar belakang dan keturunan tokoh agama itu yang dikatakan berketurunan Banjar, sedangkan dia mendakwa sebagai anak tulen Perak.

“Banjar ini bukan orang asal di negari Perak, sedangkan saya anak jati negeri Perak. Mengapa fitnah saya seperti ini”, katanya.

Sebelum ini Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mewartakan ajaran Raja Bomoh sebagai sesat dan haram. Keputusan itu dicapai setelah melihat amalan dan ajaran yang dibawanya terpesong daripada ajaran Islam.

Bagaimanapun, ia masih belum diwarta kerana perlu melalui pelbagai proses.

http://celahgelegar.blogspot.com/2015/05/mufti-perak-macam-anak-haram-raja-bomoh.html

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.