woman train
PETALING JAYA: Sekumpulan wanita yang berang koc yang diperuntukkan kepada mereka diceroboh kaum lelaki, bertindak ganas.
Dalam rakaman yang berdurasi 1.14 minit, ia menunjukkan bagaimana mereka memukul, melempang dan menampar penceroboh.
Bukan setakat itu, ada di antara mereka dipaksa melakukan ketuk ketampi sebagai hukuman.
Menurut status yang dimuat naik di Facebook The Lion Tattoo Studio, memaklumkan setiap koc pertama tren metro di Delhi diperuntukkan kepada kaum hawa.
Bagaimanapun ketika waktu puncak, mereka dikatakan bertindak masuk ke koc berkenaan.
Dalam salah satu komen yang dimuat naik, seorang lelaki mengutuk terhadap apa yang dilakukan ke atas kaum sejenisnya.
“Ini amat bodoh….saya pernah guna Delhi Metro. Kadang-kadang ia amat padat sehingga memaksa anda memasuki ruang untuk wanita, tambahan mereka mungkin bukan dari Delhi dan tidak tahu peraturan di Delhi Metro.
“Delhi adalah bandaraya yang bangang, terutama wanita. Mereka telah diberikan banyak keutamaan yang mereka salah guna”, kata Swaraj Pal Singh Sandhu.
"DIMALAYSIA WANITA MANA YANG AKAN MULAKAN MEMBELASAH LELAKI YANG CEROBOH MASUK KE KOC WANITA." KITA TUNGGU DAN LIHAT !!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.