Followers

Tuesday, May 19, 2015

Berita Ini Menambahkan Lagi Geram Rakyat

 
Berita Ini Menambahkan Lagi Geram Rakyat. Lebih sebulan sejak cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan, pakar percukaian menjangkakan terdapat masalah besar perlu diselesaikan tidak lama lagi, namun mengakui Putrajaya merumitkan lagi keadaan dengan menawarkan banyak pengecualian cukai untuk memenangi hati golongan berpendapatan rendah.

Menetapkan beberapa barangan di bawah senarai dikecualikan cukai dan berkadar sifar untuk membantu golongan miskin dilihat sebagai satu langkah terdesak dalam pelaksanaan GST sejak 1 April, kata Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Subromaniam Tholasy.

Sementara itu, seorang lagi pakar percukaian berkata Putrajaya sepatutnya memilih untuk melaksanakan cukai terhadap lebih banyak barangan dan perkhidmatan dengan peratusan yang lebih rendah.

Subromaniam menafikan cabaran dalam pelaksanaan yang dihadapi hari ini adalah disebabkan pihak kerajaan masih belum bersedia, tetapi sebaliknya berlaku kerana kerajaan tidak mahu membebankan rakyat.
"Kerajaan mempunyai niat baik menetapkan banyak barangan berkadar sifar dan memberi pengecualian, tetapi semua pelaksanaan model itu mendatangkan banyak cabaran.

"Saya setuju, kadang-kadang kita belum mempunyai jawapan terhadap isu perniagaan unik tapi kita akan cuba menyelesaikannya dalam mesyuarat teknikal yang dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali," katanya kepada The Malaysian Insider.

Pengerusi Taxand Malaysia Sdn Bhd Dr Veerinderjeet Singh mengatakan, Malaysia memilih untuk melaksanakan versi rumit GST.

Katanya, dengan banyak barangan disenaraikan berkadar sifar dan dikecualikan cukai barangan dan perkhidmatan, ia akan menimbulkan masalah yang melibatkan isu praktikal, dengan sektor-sektor tertentu.

Cukai kepenggunaan yang diperkenalkan pada kadar 6% mendapat bantahan keras ahli politik pembangkang dan masyarakat sivil, yang berkata kerajaan perlu menangani ketirisan dan rasuah dalam sistem penyampaian umum terlebih dulu.

Berita Ini Menambahkan Lagi Geram Rakyat

Veerinderjeet mengakui sistem GST yang begitu kompleks di Malaysia menimbulkan masalah yang semakin meruncing bagi sektor perniagaan terutama yang menjual semua jenis barangan perlu memperuntukkan perbelanjaan terhadap perisian dan perkhidmatan perundingan.

Cara yang lebih baik untuk memperkenalkan cukai adalah dengan menetapkan kadar rendah seperti Singapura yang bermula dengan 3% dan ia dikenakan terhadap hampir semua barangan dan perkhidmatan.

"Malaysia dilihat sangat mengambil berat tentang rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan oleh sebab itu kerajaan terpaksa memberikan pengecualian.

"Cara yang betul sepatutnya mengenakan GST pada hampir semua barangan dan perkhidmatan tetapi membuat bayaran kebajikan sosial atau bantuan kepada golongan yang layak," katanya.

Tambah nilai prabayar dan caj perkhidmatan

Salah satu masalah yang timbul sejak cukai kepenggunaan ini dikuatkuasakan pada 1 April ialah kekeliruan mengenai kad prabayar.

Kenyataan bercanggah yang dibuat Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dan Jabatan Kastam menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menerusi Twitter untuk mengendalikan perkara itu.

GST adalah cukai bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 6% terhadap kad tambah nilai prabayar, tetapi masih terdapat aduan daripada pengguna pada hari pertama pelaksanaannya berhubung nilai harga yang lebih tinggi.
Subromaniam berkata, mereka tidak menjangkakan masalah ini memandangkan GST adalah cukai gantian bagi SST.

"Kita tidak jangka perkara menjadi ini isu sehingga syarikat telekomunikasi memutuskan harga jualan bagi kad prabayar itu termasuk dalam cukai perkhidmatan.

"Walaupun mereka meningkatkan masa panggilan untuk asas cukai eksklusif, ia tidak diterima baik oleh orang ramai," kata Subromaniam.

Pilihan yang dibahaskan untuk kad tambah nilai prabayar sama ada untuk menjual dengan GST yang dikenakan di atas nilai kad prabayar, sebagai contoh, RM10.60 untuk kad yang bernilai RM10 atau RM10 tetapi dengan nilai masa berbual dari RM9.43.
Shabery kemudiannya mengumumkan GST untuk tambah nilai prabayar akan dikenakan berdasarkan penggunaan pelanggan, di mana pelanggan yang membayar RM10 untuk tambah nilai prabayar akan menerima bernilai RM10 daripada nilai mudah alih.

Ahli politik pembangkang bagaimanapun, mengatakan penyelesaiannya adalah sama dengan pengguna membayar GST ke atas tambah nilai.

Cukai perkhidmatan 10% yang dikenakan oleh kedai seperti kedai makan dan hotel juga satu lagi masalah yang timbul selepas pelaksanaan GST.

Kesatuan kebangsaan yang mewakili pekerja dalam industri perkhidmatan berkata berdasarkan perjanjian kolektif kesatuan itu akan mengheret majikan ke mahkamah jika mereka berhenti mengenakan caj perkhidmatan 10% kepada pelanggan, yang bertujuan untuk dibahagikan antara pekerja.

Berita Ini Menambahkan Lagi Geram Rakyat

Subromaniam berkata, kerajaan memutuskan perniagaan boleh terus mengutip caj perkhidmatan untuk melindungi pekerja, yang kebanyakan daripada mereka memperoleh upah rendah.

Bagaimanapun, perniagaan berkenaan dinasihatkan untuk memaparkan notis pemakluman kepada pengguna mengenai caj perkhidmatan yang dikenakan di kedai mereka.

Veerinderjeet berkata, isu-isu berkaitan tambah nilai prabayar dan caj perkhidmatan yang dikenakan restoran dan hotel bukan masalah utama GST.
Pengguna sudah pun membayar caj perkhidmatan sebelum GST dan mendapatkan tambah nilai kad prabayar pada harga termasuk cukai perkhidmatan.

"Tetapi kita benar-benar tidak tahu sama ada akan dikenakan cukai perkhidmatan apabila syarikat telekomunikasi memutuskan untuk menyerap cukai itu malah agensi kerajaan nampaknya lupa tentang perkara ini dan mungkin begitu juga dengan syarikat telekomunikasi," katanya.

Sistem baik tetapi cara komunikasi lebih baik diperlukan

Veerinderjeet berkata, masalah utama sebenarnya adalah kerajaan mengambil berat tentang beban rakyat dan langkah pengecualian cukai dilihat sebagai baik hati.

"Saya bersetuju perkara-perkara tersebut sepatutnya diselesaikan sebelum pelaksanaan GST tetapi jelas ada beberapa terlepas pandang terhadap isu ini.

"Adakah ini bermakna GST kita tidak dirancang dengan baik? Saya tidak bersetuju," katanya sambil menambah undang-undang secara umumnya sudah jelas, dan masalah pelaksanaan perlu diselesaikan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Kekeliruan beberapa industri dalam melaksanakan GST membawa kepada cadangan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa khas Kabinet bagi mengawal pelaksanaan cukai.

Ini dicadangkan awal bulan ini oleh Presiden Majlis Belia Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim dan dipersetujui pensyarah perakaunan Islam Universiti Utara Malaysia Dr Ram Al Jaffri Saad.

Namun Subromaniam berkata, sudah terdapat jawatankuasa pemantauan yang dipengerusikan menteri kewangan kedua.
Jawatankuasa itu, katanya, terdiri daripada menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Komunikasi Multimedia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Timbalan Menteri Kewangan Pertama dan Kedua, Ketua Setiausaha Negara serta Ketua Setiausaha setiap kementerian.

Veerinderjeet merasakan sebuah jawatankuasa Kabinet tidak akan berkesan dalam menyelesaikan isu, sambil menambah ia lebih baik dikendalikan agensi yang berkaitan.

Beliau berkata, masalah di Malaysia ialah kekurangan pematuhan kepada bidang kuasa hierarki yang betul.

"Mana-mana agensi mengatakan apa yang ia mahu dan ia adalah tidak baik untuk tadbir urus secara keseluruhan.

"Ia memberi gambaran tiada siapa yang menguruskan hal berkaitan, ini menjadi satu isu untuk tempoh yang lama. Isu GST bukan kali pertama timbul salah faham, ia dilihat mengelirukan orang lain," kata pakar percukaian itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.