Followers

Friday, May 22, 2015

Anita Sarawak tidak hilang ?? - FMT Reporters

 
noorkumalasari,anita
Noorkumalasari menafikan laporan kakaknya hilang. Sebaliknya tidak menghubungi keluarga seperti biasa.


PETALING JAYA: Noorkumalasari menarik nafas legas selepas kakak tirinya, penyanyi tersohor Anita Sarawak menghubungi keluarganya.

Sebelum ini, bekas model,pelakon dan penyanyi yang popular sekitar tahun 70an dan 80an meluahkan kebimbangan terhadap kakak tirinya yang dikatakan terputus hubungan sejak dua bulan lalu.

Katanya, Anita telah menghubungi salah seorang adiknya dari Los Angeles Amerika Syarikat untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada Noor Jumaatua.

“Menurut adik saya, Anita sihat dan dalam keadaan baik saja,” katanya yang dipetik dari Harian Metro Online

Mengulas mengenai laporan sebelum ini, Noorkumalasari, 59, menyangkal laporan bahawa kakaknya hilang.
Sebaliknya menjelaskan, Anita tidak menghubungi anggota keluarganya seperti kelaziman.

“Saya tak cakap dia hilang, cuma pelik kenapa dia tidak menghantar mesej bertanya khabar seperti kebiasannya.

“Apabila dia senyap, tentu saja kami sekeluarga bimbang terutama soal kesihatannya. 

Namun, apabila dia hubungi adik saya kelmarin, barulah saya lega,” katanya yang dipetik dari portal berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.