Followers

Sunday, May 10, 2015

Akta rasuah perlu reformasi menyeluruh, kata SPRM

 Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, sudah tiba masa bagi negara melihat semula kerangka undang-undang yang menyeluruh bagi menangani isu rasuah.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, sudah tiba masa bagi negara melihat semula kerangka undang-undang yang menyeluruh bagi menangani isu rasuah

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed berharap undang-undang berkaitan rasuah akan disemak secara menyeluruh bagi menangani rasuah dengan berkesan dan menyeluruh.

"Saya mengakui harapan orang ramai ke atas SPRM semakin tinggi. Oleh itu, sudah tiba masa bagi negara melihat semula kerangka undang-undang yang menyeluruh bagi menangani isu rasuah," kata beliau ketika berucap pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, pagi tadi, di mana beliau dikurniakan ijazah Doktor Kehormat.

Sambil berkata SPRM menghadapi beberapa kekangan di bawah Akta SPRM, Abu Kassim berkata pindaan dan peruntukan baharu perlu bagi membolehkan ia menangani kes-kes rasuah dengan berkesan.

Beliau memberi contoh tuntutan supaya SPRM menyiasat kes pembaziran, penipuan, pecah amanah, salah urus dan sebagainya.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed menerima Ijazah Doktor Kehormat Undang-undang daripada Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr Arshad Ayub di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM, Shah Alam hari ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed menerima Ijazah Doktor Kehormat Undang-undang daripada Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr Arshad Ayub di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM, Shah Alam hari ini.

"Bagi saya, ini situasi antara tidak mahu dan tidak boleh lakukan," katanya.

"Bukan SPRM tidak mahu menyiasat setiap maklumat atau aduan atau kes-kes di luar daripada SPRM, tetapi SPRM tidak boleh bertindak di luar semangat Akta SPRM. Ini kerana bukan setiap maklumat atau aduan yang diterima oleh SPRM mempunyai unsur rasuah," katanya.

"Kita tidak boleh berpuas hati dengan peruntukan sedia ada manakala jenayah rasuah pula menjadi semakin sopistikated dan semakin kompleks."

Sebelum ini, SPRM mengesyorkan pindaan pada Seksyen 23 dan 36 Akta SPRM 2009, iaitu berkenaan kesalahan menggunakan jawatan untuk suapan dan kuasa memberi maklumat.

Beliau turut menyentuh kuasa SPRM menyiasat individu yang dilihat hidup mewah atau di luar kemampuan sebenar seseorang.

"Ini adalah antara situasi yang masyarakat salah tafsir tentang kuasa SPRM. Ramai beranggapan, SPRM ada kuasa untuk terus meminta mana-mana individu mengisytiharkan harta mereka.

"Tetapi berdasarkan undang-undang sedia ada, untuk membolehkan seseorang itu disiasat mengenai harta kekayaannya yang tidak boleh dijelaskan, mahkamah mahu SPRM ada alasan yang munasabah yang boleh dipercayai bahawa satu perlakuan rasuah telah berlaku," katanya.

"Ringkasnya SPRM tidak boleh mengarahkan mana-mana pihak mengisytiharkan harta sekiranya tiada kaitan dengan perbuatan rasuah."

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.